Friday, December 10, 2010

"akhirnya aku dimiliki"

Salam

sedar tak sedar, dah 21 da aku. TUA. ya, mmg tua. hehe. dah boleh mengundi dah pun ( hak ditgn anda).

rasa, mcm baru kelmarin ak dihantar oleh babahku ke tadika. macam baru semalam ak masuk sekolah rendah. dan macam baru pagi tadi ak blaja kat sekolah menengah. skarang, ak da masuk Universiti. jauh dari family. semuanya buat sendiri. makan, pakai,g kelas. alhamdulillah, kejauhan buat ak lebih berdikari.

ok, skang ak tamau cta sal diri ak, entry kalini khas ak taip untuk seorang insan yang penting lagi bermakna dalam hidupku. hah? sapa?



oh dem~!! knapa dia lg putih ni?! btw, ni lah kazen ak. the one and only miss Norhayati Abdullah..



esok bersamaan hari sabtu yakni 11 Disember 2010 ialah hari pernikahannya. dan 12 Dis 2010 dia akan disandingkan dengan putera pilihan hatinya, Mr Hamdani (sori Adi, ko yg x knalkan ak ngan hasben ko ni.. nama pnuh pon ak x tau..hehe :p)

semua kjadian2 yg brlaku esok akan brlaku di Kg Buang Sayang, Sipitang,Sabah. Dem! ak x leh pgi memandangkan ketidakpulanganku ke kampung halaman. Iskk.. siyes terkilan. dia ni ak panggil ngan nama Adi Damit. apa tu damit? search google la.. malas nak explain. ak rapat ngan dia ni. maklumlah, dalam ramai2 kazen, cuma dia yang sebaya ngan ak. 1989 punya oranggg.. walaupun ak dok Labuan, dia dok Sabah, itu bukan halangan. sesekali jumpa mesti ada GOSIP, CERITA HANGAT dan kejadian2 pelik yang kami lakukan..:p

tapi, esok, semuanya akan berubah. Adi akan dimilikki. Huu, sapa lagi nak teman ak mengarut.. apapun, ak hepi utk Adi. tahniah Adi. semoga bahagia ke akhir hayat, jadilah isteri solehah dan ibu yang mithali. skang ko dah bleh cakap "akhirnya aku dimiliki".

sorg demi sorg kazen2 yang hampir sebaya dan sebayaku meninggalkan alam bujang. dem! bila lak turn ak ni? hahahaha :p


gmbr masa adi btunang. lawa. :)



p/s:wpon ak jauh, ak tetap countdown sama hari bahagiamu di.. :')




Wednesday, December 8, 2010

siapa lagi kaya?

Aku tak puas hati. aku sekarang sedang bersaing mengumpul kekayaan. aku sedang berusaha untuk memastikan aku mampu berdiri sama gah dengan orang lain. dipandang,dihormati dan di respekki.

aku tak kisah menggadai semua aset2 yang aku ada. sofa terpakai,lampu terpakai,cermin terpakai dan semua yang terpakai lagi. ak tak kisah. yang penting aku mampu berdiri di taraf tertinggi. ak mahu KAYA.

Penat aku godeh bilik lamaku. aku jual semua sekali sebab aku nak tambah duit simpanan aku. aku nak beli bilik baru. lagi BESAR. lagi MEWAH. lagi CUKUP serba serbi. syukur, duit aku cukup. tapi terpaksa keluarkan gak simpanan aku sebab nak tampung perbelanjaan semua. tapi macam yang aku cakap tadi, aku tak kisah. siyes tak kisah.

ini semua sebab cabaran dari bestfriend aku,JAJA. dia cabar aku untuk menyaingi kekayaan dia (padahal duit ak lagi banyak dari dia). aku tamau kalah. aku akan pastikan aku akan lebih kaya dari JAJA. aku akan pastikan.













tinggal berapa ciput level lagi ak kene kjar untuk kalahkan jaja.

strategi baru menarik pelanggan: ak tukar sume bilik kecik jadik bilik mewah. tinggal 2 je bilik kecik tema penjara. tapi still mewah dan mahal.

kejayaan: ak ada restoran bergerak ala2 kereta kuda horror. best tak? hahaha
plus, ak ada limousine pink yang gempaktahaptaiktaik. helikopter? da x jual. kalau tak aku da beli tadi da.hahaha (blagak si*l)hahaha XD

kekurangan: fulus. simpanan 800,000++ ak abes g beli bilik bru.
pilihan: beli cukup2.
koslepas: yang mana tak cukup.

P/S: kalau ak post vacancy tu, klik je la. jadik pekerja ak. 9 temporary staff,ak boleh botak nak baya gaji depa. :P


Monday, December 6, 2010

err, ak d tag.. Okeh~!!

Salam

kesahnyee, ade plak maen tag2 dalam blog ni ye.. dan termaktub pula, ak d tag oleh member sorang ni. ape mende ak merepek ni? ha, baca ni..

RULE
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you.

ha, itu la yer.. so,jum bkenalan ngan ak.hahaha :p

1. Nama betul Mastini Ahmad, kat Labuan kena panggil Mas. kat KL dipanggil Tiney. Dalam blog jadik TM (thea mawaddah/ TiniMas) haha :P

2. Anak sulung dari 5 beradik. Aku, Poji, Aten, Taena n Lalan.

3.Fav Kaler ak purple,hitam. yg lain pon ok except PINK. eden tak gemar sangat. hehehe.

4.benda2 kesayangan ak: Jojo,Sepan gebob, novel2 ak,cik Lappy n henpon ak.

5. ak punya relationship status? oh, ak masih kepunyaan babah a.k.a incik Ahmad Mahmood. but ak da ade pakwe gelap (kekasih gelap) kat korea. PAKWE AKU . hahahaha :p

6. ckp sal pakwe, ak suke dak laki pkai spek. suke je.. dapat tak dapat tatau la. hahaha. most important, ak tinggi. so laki ak kene tinggi gak. paling2 pon lebih 2-3 inci dr ak.hahaha :P

6. oh, ak suke join program, tatau nape. rase cam best je.hak3 :P. btw, best program ak join ialah KEM MENJANA CITA N SMART SOLAT KKTAZ 2009. ngan dak2 anak yatim.

7.oh, ak suke durian n adik beradik dia. n ak suke makanan yang pedas2. haha, lagi pedas lagi tercabar asenye. btw, lidah ak peka masin. so, ak suke komplen sume bnda masin.haha :P

8. sukan? dulu ak suka main bola jaring. tapi lama dah tinggal. so skang ak suke main badminton. dan sukan paling ak suka ialah lumba menaip kat lappy. dah penat tido. sukan gak. hahaha :P

9.apa ak suke buat? aku suke baca novel n perati orang. kalau ak dok senyap masa sorang2, ade r tu yg ak dok perati tu..

10. pe'el aku? oh, aku ni suka ckp, tapi klau aku senyap, antara 2. aku tahan sakit x kira la sakit ape atau ak tga marah. masa ni elok jangan ajak ak borak. aku CEPAT nangis. ni ak mengaku. aku sedih nangis, aku hepi nangis, ak marah nangis. ak pon tatau bile ak tak nangis. selalunya bila aku da x leh tahan n xde sape nak d sharekan, ak nangis truk. kalu tak, dia meleleh gtu je then ak normal balik. so, bakal hasben ku, WATCH OUT!

11.ckp sal nangis, ak lemah cte sal family. sape2 je la. ak cepat emosi.

12. masa form6 dlu, ak penah jadik ketua pengawas. siyes, ak rasa mcm harrrr je.. ntah pape..hahahaha :P (dlu ak skema kot? xde maknanya! ngee )

13. ak suka cte korea. bagus untuk orang2 yang KUAT berangan macam ak. hehe.. oh, bile la nak dpat pakwe sweettahaptaiktaik cam depa ni.. :/ .. kktaz ni blambak korea, knapa xde yg mcm lam tv tu ea?

14. tempat kje 1st aku ialah Kolej Matrikulasi Labuan as pensyarah separuh masa. pcaya x? haha. ak jaga Kop je la.. masa tggu result SPM n masa tunggu result STPM. dekat je ngan umah ak. jalan pon boleee..hehe

15.kalau tengok wayang ngan aku ada 3 (TIGA) rules yg sgt penting. 1- ak x tgk cte seram,antu,thriller. 2- ak x tgk cte yang berdarah2, bunuh2,kerat bdn org sana sini. 3- ak x tgk cte geli2 yang ada part makan najis ke, main ngan taik ke hape ke. semua ni SEBAB aku CEPAT GELI yang mana mengakibatkan ak cepat muntah. ( i hate fear factor)

16. ak ada sikit OCD (obsessive compulsive disorder), ak akan gegar pintu gile2 after kunci n check bende2 yang sama 2 3 puluh kali (tipu. tp byk kali gak la). n aku TAK BERCAKAP DALAM TOILET. siyesly. kalau ada jiran bilik tgo or ada yg bwk borak ak sahut. tp after that ak akan muntah or bludah. pelik x? kalu korg nmpak ak menyanyi ke dalam toilet, sorry. itu bukan ak. check dia ada kaki ke tak. huhu.. :P

17. ak bukan x suke kucing, tapi ak takut plus geli. teringin nak pegang but.. tatau la.. btw, ak suke ikan. hahaha..makan dia!!

18. ak suke mlukis. tapi lukis org je la. lukis mende lain x reti. tu pun ak lukis tak lawa sbb ak lukis saje2 n nak design baju. sebab ak suke design baju. haha;p

19. ckp sal hal kat 17 tu. ak pnh bcte2 nak jadik dj radio, doktor (pmr ak fail maths. so x leh amik sains tulen), guru dan terbaru ialah DUTA. amik ang! tang mana duta tu pun ak x tahu.

20.lagu fav ak wat masa ni lagu TERE n lagu DADALI . ok,ak tga tak stabil ag ni. hahaha.

21.masa taip entry ni ak g bukak website nama2 anak dalam islam. so, dgn gatalnye ak bgtau,lau ak ada anak, ak nak nama dia ada AMMAR or IMAN kat pangkal nama. haha :p

22. ade bberapa bnde yang aku akan bawak g mana2. 1st, gambar babah ngan arwah mak ak. takde gambar ni ak jadik gelisahhh.. 2nd, cincin kawen babah n arwah mak. ak anggap mak ak ada salu ngan ak. 3rd.Jojo. susah nak tdo xde dia. cuma masa g tdo umah jaja je ak x bwk. lau dulu, g kem mana2 pon ak bwk. 4th, i.c ak. kang kene panggil PTI lak. maklum la, ak kan ade iras eropah2 gtu. blerrkkkk :p hahaha..

23. ak salu ngigau. kalo tdo dengan problem, ak akan menjerit tga2 malam masa tdo. tp ak mmg sleeptalker yg tegar. HAHAHAH ;p (masa kat umah dulu salu gak tdo sepak dinding..hehe) so bakal abang i kene siapkan tilam la ye masa tdo nnt. kang ade yang patah riuk kene sepak..haha :p

24.ak sayang kawan2 ak. tak kira la kat mana dorg berada.

25. fuhh,last Q. erm, ak da makin laser. i mean mulut ak. haha, ni dperakui kwn2 rapat lagi akrab ngan ak. aphal ea? depa kata ak da x byk belapis ckp g. so, takyah nak kecik2 hati ngan aku. kalu ade yg ak terkecikkan hati korg, maknanya ade la tu yg korg penah wat ak kecik hati sgt2. btw, bak kata ketua segala mulut lahanat, ak dah grad. hahaha (sape Ktua mulut lahanat tu? yg rapat ngan ak tau la..hahah)


wahh.. abes gak ak tulis, pnjg kan? haha. ak da kata ak suka ckp (taip). lenguh nak pkir next2 Q..haha. dah2, ak x larat nak tag byk2, aku tag 2 org je la ea,, hehe.. JAWAB2 cepat.. (cuti ni depa update ka?)




dah. tu je. hehe.. ;)





Seram doe.. siyes seram.. iskk

sesungguhnya cerita yang ingin kusampaikan ini sungguh dasat! serius. kalau anda PENAKUT, ada SAKIT JANTUNG, KENCING MANIS, MENGANDUNG atau tengah TAHAN berak, sila lupakan untuk membacanya.

arakian, ketika ak hendak bersiram pagi tadi, di air terjun aku terlihat seekor ikan paus sedang bermandi manda bersama seekor duyung ataupun dugong tidaklah dapat ak konpemkan. lalu ak pun terjun bersama bantal busuk kesayanganku JOJO dan bermandi mandian tanpa sedar ikan paus dan dugong atau duyung itu berlari mencicit ketermalu maluan. arghh! persetankan. ak cuma mahu mandi. ak ada exam le sengal!

lalu, setelah memakai sepersalinan pakaian sutera ajaib bingkisan hati Raja Dewana, ak pon bernyanyi nyanyi lagu Doraemon dan merangkak rangkak menunggu shuttle bus jalan satu yang lajunya mengalahkan kilat.

tanpa aku sedar, didalam bas tersebut wujud sebuah gua. GELAP! oh, ak terpanik.. sebab ak rabun ayam. kesian ayam itu dikatakan rabun. berbalik ke situasi tadi, ak terlihat seekor naga, silap. Hanya kepala naga, ak mintak beliau tiup sedikit api untuk ak pasang jamungku. rupanya2 gua itu black out. maka mengamuklah pakcik bas yang garang dan tidak berambut itu. lalu aku pun menari tarian xi shua shua agar pakcik itu terhibur lalu ak pun dihantar direct ke pintu dewan exam yang terletak di aras 2 itu.

semasuk masuknya ak ke dewan exam, suasana sungguh meriah. bunga api dimana mana. ak terpaku sehingga tiba2 ak di langgar oleh seeekor keldai. haram jaaaddd nye keldai. apsal ko langgar ak! ak ada exam le sengallll~!!! ak marah. ak geram sehingga keldai itu ku gigit. eh, knapa keldai ni rasa wafer chicken floss Daily Fresh? baru ak sedar, ak sudah abes exam. dan ak tga taip entry. bagaimana ak berada disini? lalu cermin ajaib yang selalu mengkritik wajah suci lagi kudusku memberitahuku bahawa ak telah mereng akibat tidak mampu menjawab soalan exam tadi. ak mereng? jadi siapa yang menaip entry ni?? siapa?? siapa??? seramm,, serius seram. tak terniatkah dihati kamu bahawa cerita ini seram.

dasat tak? ak da nebes menggeletar2 taip entry ni, sebab ak lapar. ces, lupa. ak baru je makan wafer perisa keldai. tiba2 kenyang.

p/s: jangan biarkan hidupmu diselubungi misteri.


Friday, December 3, 2010

TM berwajah baru (lagi)

Salam

ohh.. skali lagi TM diubah dan dimekap. sebab ak sgt jeles tgk blog kawan2 lain yg sungguh gempak lagi bergaya. hehe. so, thanx banyak banyak banyak untuk incik Mawe yang telah banyak membantu ak dalam memekap blog TM ini.. tq ye! hehehe..

Thursday, December 2, 2010

macam macam..

salam

1st of all,happy holiday to all of you. most of us already enjoying their holiday..
malangnya ak masih g tergedik2 nak jawab exam. kiranya last paper ak 6hb ni. dah tu holiday? hoo.. xde maknanya. ak tak balik cuti ni. maut rindu la ak kat adik2 ak. siyes. tengok gambar depa kat laptop buat ak nak nanges dan rasa nak peluk depa time2 tu gak. then, ak plan nak join member ak jadik sukarelawan untuk program hape ntah.. tak hengat lah..

ohh, actually there's a lot of things ak nak share, but serba serbi ak lupa. dokla tangguh2 nak tulis. busy campur malas campur takde mood nak menulis. urgghh.

ok, kita mulakan dengan percutian pakej kombo yang UM bg kat student2nya. maklum la ye, cuti sem ni berterabur. sekali UM bg,seGEDEBUK sekali. Ha, kisahnye ak ni g la ikut Jaja g balik umah dia kat Sg.Petani. siyes best. Cik Bedah n Cik Borhan baik sgt. depa layan ak macam depa layan anak sendiri. makaseh makcik n pakcik. saya takkan lupakan budi baik makcik dan pakcik. even sampai skrg pon makcik n pakcik selalu mesej dan tanya khabar, wish exam dan pesan supaya kami jaga diri kat sini. best gak Sg. Petani ni.

then, balik je UM terus exam. macam biasalah kan. Tak last minute tak Tiney. aku kalau tak esok lusa nak exam,takde maknanya la ak nak menelaah kan..(oh adek2, sila jgn ikut prangai syaiton yg ini ye..). nak dijadikan cerita, peristiwa paling DASAT ak alami sepanjang ak menduduki exam kat UM ni, ialah peristiwa ak salah jadual exam.
kesahnyee, sepatutnya 29 ngan 30hb nov tu ak ada dua(2) paper. isnin jam 11.30 dan selasa jam 8.30. tapi ak tatau la ape yg ak dok perati ari Sabtu ngan Ahad tu. dok la mati2 ingat paper ari isnin tu paper Penghantar Psikologi. sampaila jam nak menghampiri jam 1 atau 2 pagi, junior ak chat ngan ak kat FB (buat pgetahuan sume,paper ni ak amik ngan junior bukan sebab ak REPEAT. tp sbb ak tak amik ag.) ak dokla ngadu sal PP yg tak masuk diserap dek akalku. sekali junior ak tu gto, "awat esok lak Kak? Lusa la.." ............

siyes, ak menggeletar mcm nak demam time2 tu gak. mana tak gabra, paper killer ak kot yg sepatutnya esok tu. tapi alhamdulillah,, paper Evolusi Masyarakat Dunia tu boleh di jawab. cuma tatau a mencukupi atau tak nak dapat markah.haha..

apapun, ak harap ak dapat pointer yg ok. walaupun ak tak yakin sgt ak boleh. tu je la kan.. hahaha.

so, happy holiday n gud luck lah kat korg sume. ak rasa ak nak ckp menda ni je.hehe..





oh, ak bukan mami jarum. tapi sepanjang ak dok exam, ak MUSTI pakai sbb ni arwah mama yg punya. rase mcm arwah mama ada je kat sebelah bagi semangat. siyes, ak memang perlukan semangat. kalau x, ak da lama bungkus baju balik Labuan..huuuu

ok. cukup karutan kalini. mahu tido. migrain.


P/S: ada prob kat comment. some reader can't comment on my post. even me my self can't comment here. tatau ape prob blog ni.. urghh, ade sesapa tahu?