Tuesday, November 12, 2013

Kisah Kasih

Salam

ha, berdasarkan tajuk bunyi cam keju keju je kan? hahaha.
takde aih. Ingat lagi tak novel tahun 90-an dulu? Kisah Kasih by Kreisya Reisya?
ak sangat suke novel tu. ak khatam lebih dari 30 kali rasenye. serius. sebab novel tu ak pinjam dr kawan ak. setaun lepas tu baru ak pulang sebab asal selang satu novel je ak bace balik cerita tu. ye.


ha ini dia punye cover buku lama. yg cover baru ak tak bekenan sangat sebab ak jatuh cinta ngan novel ni dgn cover ni. boleh tak?hahaha. buku ni ade sambungan. pun double triple manis. tajuknye Indahnya Kasih.



ni cerita after puteri ngan syah E tu dah kawen. Ak suke dua2 novel ni sebab cerita dia manis,dan lelaki impian ak ade dkt syah E tu. tapi cam biase la.nama pun impian.mane nak dapat kalau bukan dalam mimpi ye dak. 

kenape ye ak tetibe bukak cerita sal novel ni?

hm. dua tiga menjak ni ak termenung sorang2 (maklumla penganggur manade keje) ak terfikir sal jodoh,soulmate semua jadah jadah ni.baru ak perasan. selama ni ak melihat seorang lelaki (muzik melankolik dengan angin sepoi2 bahasa) sebagai seorang Syah E. aka Archer (untuk lebih jelas mohon get your ass up and pegi beli novel ni bace sampai muntah). 

siapa Archer?
dia tu Syah E lah.
Dalam novel pertama,dia ni digambarkan misteri. rambut panjang, serabai,suke amik gambar (photographer) suke berjalan (mengembara,travel and so on). Anak org kaya tapi sangat berdikari. Jenis tak hadap harta mak bapak. 

Archer ni luarannye tegas,berprinsip tapi dalam hati banyaaaakk manis. serius. manis yang pelik dan pelik yang manis. Jauh beza dengan Puteri yang sangat dependant, anak mak, suka berangan dan hidup dalam khayalan. bagi Puteri, hidupnya macam Disney's princesses. Bagi Puteri hidup ni spatutnya takde konflik. kene smooth (hmm, perangai buruk dia ni ade mengingatkan anda pada sape sape ke? hikss).

Dalam novel kedua,Archer ni wataknye nampak lebih jelas. Suami yang bertanggung jawab,kelakar,manis dan sangat menjaga Puteri. Walaupun Puteri ni sumpah tak reti ape. Masak nasik hangus, cuci toilet geli (Archer jugak kene buat semua),kemas rumah tak reti. Tapi dia sabar je. Dia ajar bini dia. Tak jalan jugak dia guna kepimpinan melalui teladan. Haa.. sampai segan sendiri la si Puteri ni. Paling kelakar ada bab si Archer ni ade kazen transgender yg jatuh cinta ngan dia siap jeles menangis2 si Puteri ni tak leh nak terima.

Semenjak ak membaca novel ni la ak secara tak sedar (baru je sedar) ak nak lelaki macam dia. Penyabar,Penyayang dan dia tak perlu cakap pun dia sayang ak hari2 selang sejam sampai ak muak. dia tunjuk je dengan cara dia layan ak. (ini berangan)

tapi itulah. nama pun novel. mane nak cari yg macam ni. ak pun da buat keputusan tamau da nak crush sane sini. ak tunggu org pulak crush kat ak (lagi berangan tampar diri sendiri guna kaki)

hai la Mr Archer ku,where are you baby boo? ak penat da tunggu you ni. hikss.

p/s: coretan takde motif.angin gatal datang tu yg tangan pun gatal nak taip kat sini. btw, tetibe terhidu bau kesukaan. rindu la kut. puih.


Monday, November 11, 2013

04.10.2013

Haih,punyelah lama tak menulis kaku pulak jari nak membebel kat sini. Kalau dulu pantang ade masa free ade je nak di mengarutkan kat sini. Al-maklumlah, semenjak dah berusia ni makin bizi pulak rasanya. Habis thesis dulu ade la mengarut buat ape tah ak pun tak ingat pastu terus masuk keje kat SERU. Pastu balik rumah seminggu beraya pastu keje lagi pastu seminggu cuti (taksampai seminggu pun) terus start balik keje kat Visa Unit,ISC. Ha,bizi tak? hahahaha.. (gelak hambar)

Tapi mase ak tengah taip entry ni,sekarang ni kirenye dah 2 minggu lebih ak menganggur. keje ak da dapat tapi belum dpt panggilan lapor diri lagi. haihhh.. keje mane nanti la ak cerita. da keje baru cerita.kang tak surprise la. (ecewah. bajet ade org bace.hahaha)

eh melalut jauh. tajuk tulis lain merapu bende lain. ha,ade ape dengan 4 haribulan sepuluh? ce teka? ce teka? jawapannye ialah hari tu hari ak konvo! hahahaha (gelak hambar lagi).

setahun lepas,tarikh tu ak menangis sungguh2 dan dengan besungguh ak nangis sebab kawan2 ak semua konvo skali. Tapi tahun ni,tarikh yang sama sesi yang sama, turn ak pulak dengan rakan2 yang tertinggal train untuk konvo. Alhamdulillah. Sebelum ni main concern ak,faculty nak buat tak konvo utk kitorg. Tapi last2 ade jugak. dan yang penting,takde la sikit pun yang konvonye. ade ramai jugak dr faculty ak yang baru nak naik pentas. dan Alhamdulillah, tercapai impian nak bawak abah dengan family masuk UM untuk konvo ak. Terkilan sebab arwah mama tak sempat nak tengok. Masuk Universiti ni impian arwah mama. tapi entahla. masa duduk tunggu turn nak naik tu, masa ak tengok abah ngan macik duduk ak rase arwah mama pun ade. Ak sedih tapi rasa yakin mama ak ade masa tu. pelik? ntahla. ak ni byk sgt tgk cerita melankolik agaknye.


ini je la gambar paling smart ak ade ngan family ak. ak tak amik pun gambar studio. satu sebab mahal, dua sebab kesian nak suruh depe beratur lelama, tiga sebab fatin ngan taenah pun takde. tak lengkap. so ini je la. yang buat spoil haritu kaki ak sakit melecet teruk. kalau tak nak aje ak ajak abah ak pusing UM. xpela.next time ak ade kereta ak sponsor dorg dtg sini ramai2 n ajak jalan.

p/s: malasnye nak menaip. tapi banyak gile ak nak cakap. hmm. #firstworldproblem. dah.nak g berak. perut sakit.

Putih putih melati

Putih.
silau mata memandang.
padam semua coretan lalu. 
benda dah lama usah dikenang.

Putih.
malas nak cari yang lebih berwarna warni.
dah cari tapi semua tak kena dengan jiwa.
usia dah tua agaknya.

Putih.
niat hendak mencoret kisah baru.
dari kosong.
macam lukisan.
lukis benda baru.
pengalaman baru,hidup baru.

Putih.
buang semua kenangan hitam.
aku sudah penat mengarang dan membaca semula kepahitan itu.
aku mahu memori baru.
aku mahu jiwa yang baru.

Putih.
Putih itu Putih.

p/s: Terimakasih.