Monday, October 29, 2012

selamat hari lahir, lagi! :)

alhamdulillah. menjelang maghrib 28 Oktober 2012 M bersamaan dengan 12 zulhijjah 1433 H tadi, genaplah  umur anak sulung En. Ahmad bin Mahmood ini 24 tahun (mengikut kalendar hijrah). seriusli tak teringat langsung dan kebetulan tengah cari nota pasal orang asli. nampak kat blog mana tah baru teringat. ya Allah. serius lupa tarikh dalam bulan Islam. padahal zaman sekolah dulu wajib untuk hafal semua ni. aishh. terasa tua.

semoga kematangan usia ini turut mempengaruhi kematangan minda. amin. InsyaAllah.. :')

Friday, October 19, 2012

ujian

semalam pelantikan JTK kk10. hamba hina ini dipilih menjadi ketua dalam organisasi tersebut. entahlah. bukan tahniah yang hamba ini harapkan. takziah mungkin. besar amanah tu. lebih besar dari tugas sebelum ini. semoga Allah permudahkan.

Thursday, October 4, 2012

Aku yang tabah

akhirnya. tergagah juga kaki ini melangkah ke DTC. berwarna warni DTC td dengan macam2 warna. tapi haruslah warna pink jugak yang terkesan dihati walaupun hakikatnya aku paling menyampah warna pink.

sempat ambik gambar dengan kawan2 sekuliah,sebekas kuliah,sekampung dan menjeling bekas2 crush yang pernah distalk suatu ketika dahulu.

terasa loser kejap sebab dari 1st year hanya mampu jeling sampai hari konvo hanya mampu senyum. nak tanya nama pun tak berani. tapi takpe. tu semua dah tak penting.

puas gagahkan hati supaya senyum dan tak menangis tadi. sebak. tapi seriusli. tiada penyesalan. aku gembira dengan keputusan aku 3 tahun yang lalu.

sekian.

4 Oktober 2012

hari ini sepatutnya hari dalam sejarahku. hari yang sepatutnya ak tunggu semenjak 3 tahun yang lalu. hari ini, sesi pagi sepatutnya aku akan turut bersama sahabat2 lain sama-sama meraikan hari tamatnya kami bergelar siswa dan siswi Universiti Malaya dan mula bergelar alumni UM yang terCINTA ini.

pertukaran jabatan major yang telah aku putuskan semenjak semester 2 pengajian ku telah menahan kakiku dari turut menjejak Dewan Tunku Canselor bersama mereka. ceh. ayat tak boleh blah. ok,siyes sedih tapi takpe. next year insyaAllah turn aku pulak kan.hehehe.

tadi sempat pegi DTC jap. pegi tengok adik bongsu "anak-beranak" yang konvo hari ni. comel adik aku tu pakai jubah. nampak tua.hahahah!

tahniah Dekda badak besi. Alhamdulillah kau dah setel. so kirenya skrang aku tengah tunggu sorang lagi setel (ex rumet saya yang comel itulah) pastu insyaAllah aku doa2 kan tak lama kemudiannya aku terima lah kad jemputan ke Kulai dan Pontian ye.hehe.amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnn~~~.
dekda n kakaknya yang kiut

pasni xde dah yang nak buli kitorang (beminggu lengan ak hijau sebab kene cubit ngan dia.memang kejam.). teringat zaman 1st year,zaman kitorang masih gonjeng dan KURUS sikit.sedih.




Thursday, May 31, 2012

mesin masa. time machine

mesin masa. kepunyaan sang doraemon sikucing biru yang genius.bukan genius.serbaguna.
kalau ditakdirkan ak ada mesin ni,ak tak rasa ak nak guna. pernah je berniat nak merentas masa. balik kezaman lampau. melihat AKU dimasa depan. tapi bila fikir2 balik, ak TAKNAK.

zaman lampau dah ak tinggalkan jauh2. zaman kebodohanku,zaman kesengsaraanku. susah nak cerita. tapi zaman lampauku bukanlah zaman yang boleh ak banggakan. bukan zaman yang ak teringin nak simpan untuk kenangan.BUKAN. kalau terdetik pun 5 saat untuk kembali, ak nak moment ak dipeluk arwah mama. itu je.

ntah,malam ni terasa sebak bila kenang balik masa2 dulu. kebodohan.zaman diperbodohkan.dipijak,dihina.diumpat. mengharapkan orang yang ak percaya, orang itulah yang memijak pijak kepercayaan. dipergunakan,ditertawakan.ak tahu ak bodoh. dan biar kebodohan tu tinggal dizaman lampau.

masa depan? pun ak TAKNAK tengok lagi. ak takut.nervous dengan apa yang bakal ak lihat. siapa ak masatu? kerja? keluarga? kehidupan? ak belum ada hati nak tengok lagi. cukuplah dengan masa sekarang. ikut je apa yang jadi. hidup di realiti sekarang.

mengubah masa depan dengan mengubah zaman lampau?

TAK. sekiranya tuhan bagi ak peluang untuk buat pun,ak memilih untuk tidak. takdir sekarang ak terima dengan redha. setakat jam 2.51 pagi ni,ak yakin dengan apa yang terjadi semua mendatangkan hikmah. setiap kali something jadi dengan ak,bila ak fikirkan semuanya bersebab. dan ak bersyukur dengan takdir hidup ak skrang.

ak bersyukur menjadi ak. disebalik cercaan negatif yang ak lemparkan untuk diri sendiri(yg selalu bermain dikepala ak) sigemuk,sibodoh,sihodoh,sikasar ini, ak masih mampu senyum untuk menyatakan,YA.itu ak. sepanjang 22 tahun 10 bulan lebih ak hidup ni,itu lah ak. 

tapi,bagi mereka2 yang pernah wujud dalam sejarah hitamku,ketahuilah, ak bukan seorang pendendam tapi bukan juga seorang yang mudah memaafkan. untuk berdiri seperti sekarang bukan mudah. dah puas ak jatuh,dipijak,dipandang remeh,ditertawakan. tanpa ada yang menghulurkan tangan membantu,ak cuba berdiri. jauh ak bawa diri. jauh dari Laut China Selatan.jauh. merangkak,memadam hampir semua memori pahit. cuba mencorak hidup baru.

ak masih macam dulu. xdenye nak berubah banyak. cuma mungkin lebih kuat sedikit. masih mudah mengalirkan air mata.tapi tidak semudah dulu. kalau dulu nak kemana mana mesti berteman,sekarang sudah mampu berseorangan.

kalau dulu hanya mampu senyum bila dijadikan bahan lawak,bahan kutukan lepastu menangis sorang2 sebab marah dengan diri sendiri yang tak mampu nak mempertahankan diri, kini mampu membalas balik dengan kata2 setara atau lebih tajam dari yang diterima. 

kenapa? sebab cukup. ak rasa dah terlalu cukup ak nak sakit hati,dengar kata2 yang boleh menjatuhkan semangat ak sendiri yang sudahnya buat ak rasa benci dengan diri sendiri. sekarang masa untuk ak menghargai diri ak dan insan2 yang sudi menghargai ak.

sampai sekarang ak tertanya2,kenapa tergamak buat ak jadi macam tu.macam dulu. mesin masa,maaf. ak mahu berjalan mengikut arus masa.seperti sekarang.

Sunday, May 13, 2012

selamat tinggal ilhamku.

lama meninggalkan coretan lama sepi tanpa coretan baru.
bukan sengaja menyepikan diri,tapi dek kerna kehilangan ilham.
sumber inspirasi untuk menulis bagai diragut pergi.
hilangnya belum berganti.

lama ku pendam sakitnya hati. belum berkesempatan meluahkannya disini. 
kasihan teman bicaraku. kasihan si teman bisuku.

saat ini jemari sedang menari, meluahkan semua isi hati yang lama tersimpan. 
ilhamku masih hilang. puas kupujuk hati sendiri.

ilhamku tersesat dijalan terang. semoga teringat jalan kembali.
terimakasih kerana menjadi ilhamku selama ini.
pergimu takkan kurayu untuk kembali.

aku tak pernah menyesal menyayangimu ilhamku. 
hanya kesal kau jadi seperti ini. 
dan kasihku tak pernah pudar untuk terus mendoakanmu untuk pulang ke jalan benar.

pergiku bukan membiarkanmu dijalan hitam
pergiku mengizinkan permata itu menjagamu
memegang erat jemarimu untuk pulang ke lurus yang satu.

pergiku untuk melihatmu dari kejauhan.
mengirim doa dari sudut kesepian.