Monday, October 29, 2012

selamat hari lahir, lagi! :)

alhamdulillah. menjelang maghrib 28 Oktober 2012 M bersamaan dengan 12 zulhijjah 1433 H tadi, genaplah  umur anak sulung En. Ahmad bin Mahmood ini 24 tahun (mengikut kalendar hijrah). seriusli tak teringat langsung dan kebetulan tengah cari nota pasal orang asli. nampak kat blog mana tah baru teringat. ya Allah. serius lupa tarikh dalam bulan Islam. padahal zaman sekolah dulu wajib untuk hafal semua ni. aishh. terasa tua.

semoga kematangan usia ini turut mempengaruhi kematangan minda. amin. InsyaAllah.. :')

Friday, October 19, 2012

ujian

semalam pelantikan JTK kk10. hamba hina ini dipilih menjadi ketua dalam organisasi tersebut. entahlah. bukan tahniah yang hamba ini harapkan. takziah mungkin. besar amanah tu. lebih besar dari tugas sebelum ini. semoga Allah permudahkan.

Thursday, October 4, 2012

Aku yang tabah

akhirnya. tergagah juga kaki ini melangkah ke DTC. berwarna warni DTC td dengan macam2 warna. tapi haruslah warna pink jugak yang terkesan dihati walaupun hakikatnya aku paling menyampah warna pink.

sempat ambik gambar dengan kawan2 sekuliah,sebekas kuliah,sekampung dan menjeling bekas2 crush yang pernah distalk suatu ketika dahulu.

terasa loser kejap sebab dari 1st year hanya mampu jeling sampai hari konvo hanya mampu senyum. nak tanya nama pun tak berani. tapi takpe. tu semua dah tak penting.

puas gagahkan hati supaya senyum dan tak menangis tadi. sebak. tapi seriusli. tiada penyesalan. aku gembira dengan keputusan aku 3 tahun yang lalu.

sekian.

4 Oktober 2012

hari ini sepatutnya hari dalam sejarahku. hari yang sepatutnya ak tunggu semenjak 3 tahun yang lalu. hari ini, sesi pagi sepatutnya aku akan turut bersama sahabat2 lain sama-sama meraikan hari tamatnya kami bergelar siswa dan siswi Universiti Malaya dan mula bergelar alumni UM yang terCINTA ini.

pertukaran jabatan major yang telah aku putuskan semenjak semester 2 pengajian ku telah menahan kakiku dari turut menjejak Dewan Tunku Canselor bersama mereka. ceh. ayat tak boleh blah. ok,siyes sedih tapi takpe. next year insyaAllah turn aku pulak kan.hehehe.

tadi sempat pegi DTC jap. pegi tengok adik bongsu "anak-beranak" yang konvo hari ni. comel adik aku tu pakai jubah. nampak tua.hahahah!

tahniah Dekda badak besi. Alhamdulillah kau dah setel. so kirenya skrang aku tengah tunggu sorang lagi setel (ex rumet saya yang comel itulah) pastu insyaAllah aku doa2 kan tak lama kemudiannya aku terima lah kad jemputan ke Kulai dan Pontian ye.hehe.amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnn~~~.
dekda n kakaknya yang kiut

pasni xde dah yang nak buli kitorang (beminggu lengan ak hijau sebab kene cubit ngan dia.memang kejam.). teringat zaman 1st year,zaman kitorang masih gonjeng dan KURUS sikit.sedih.