Sunday, November 7, 2010
belum de rezeki..
Saturday, November 6, 2010
Cuti Cuti Belajar
Saturday, October 30, 2010
sebelum kisahku bermula..
Sudah tersurat
Sebelum kisahku bermula
Pernah hadir dalam hidupku
Kamu..
Sudah tersurat
Sebelum kisahku bermula
Sebelum hatiku menoktahkannya
Pernah wujud dalam hatiku
Kamu..
Sudah tersurat
Sebelum kisahku bermula
Pernah matamu menjadi igauanku
Kuburu bayangmu setiap waktu
Pernah wujud dihatiku
Kamu..
Sudah tersurat
Sebelum kisahku bermula
Pernahku sapa lembut dirimu
Lupa sebentar jadi diriku
Tutur kasarku menjadi lembut lakuku
Berhadapan denganmu aku kaku
Kerana
Pernah wujud dihatiku
Kamu..
Kini
Sudah tersurat
Kisahku telah bermula
Kamu sudah dimiliki
Hatiku juga sudah terpaut padanya
Ku pendam kisah itu
Sebagai kisah
Sebelum kisahku bermula..
Friday, October 29, 2010
Kepada Dia..
aku menyerahkan takdirku
apa yang dikatakan-Nya
akan aku turuti dengan sepenuhnya
kerana Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku
aku hanya mampu berusaha
redha dan tawakal kepada-Nya juga
hanya kerana Dia adanya aku di dunia
untuk membuat segala kebaikan
dan menentang segala kejahatan
untuk kebaikkan bersama
dan kepada Dia jua
aku meminta dan berdoa
agar apa yang direncana dapat dilaksana
baik di dunia dan di akhirat sana
-Pena Arjuna 29/10/2010
Monday, October 25, 2010
aku benci harini..:'(
siyes weii.. tadi ak ada test. paper ak ni xde esaimen,kena dtg test je. free2 30 markah lam tgn. tapi aku tak tau apa nak jadi ngan aku. pelupa menjadi2. ak lupa. aku tak dtg test. skang harapan aku cuma exam. mampu ke aku dapat 60 markah penuh utk lulus. aku nak nangis pikir ni. dahlah ari ni babah kirim duit suh bayar yuran. lagi la aku rasa bsalah ngan babah. sian babah aku. bpanas bhujan nak bagi kami sekeluarga ni hidup.makan.blajar. tapi aku mang tak sengaja.aku lupa. penyakit lupa aku makin teruk. ya Allah,aku ada alzheimer ke? nauzubillah..aku tak mintak.. tapi aku takut..
da tu td nak bayar bill celcom. pon duit babah. aku manada harta. even baju,henpon,laptop yang aku guna menaip ni pon harta babah aku. post office tanak terima bill tu. nak yg amount betul. celcom x bg aku latest bill. da la aku dah janji nak bayar arini ngan pegawai tu. aku benci keadaan mcm ni.
bila aku plan utk selesaikan sumthing, aku mesti selesaikan. skang pikiran aku dabel triple kusut. aku jadi nak marah. aku jadi nak menangis.aku jadi nak menjerit. kalaulah library ni dibenarkan menjerit.. iskk.. babah.im so sorry.. im not a good daughter..:(
Thursday, October 21, 2010
hakhakhak *gelak comel*
saja. nampak video ne kat FB td. comel giler,,hehehe.
lau ada rezeki,insyaAllah,ak pon nak kembar gak..hehehe :P
babah ak kembar. kiranya ak ne ada gen kembar la ye..haha
korang ada kembar x? lau ada meh la share gambar korang ngan kembar korang.
ak pon ada kembar gak..
Tadaaaaa~!!

pandai anak Pak Mad posing yer,,
p/s: agak2 babah ak gelak camni x masa kecik dulu? comelnyerrr,,hehehe <3 u babah!
Wednesday, October 20, 2010
Cintaku Dalam Diam..
Pertama kali ku melihat dirimu aku terpaut
Tika itu, masih lagi dalam suasana ta’ruf
Tapi tidak berkesempatan untuk bersua
Bertanyakan nama
Ku memandangmu dari jauh
Tingkahmu ku perhatikan
Senyummu, tawamu,
Mengubat hatiku ini yang duka
Terkenang ayah dan bonda tercinta
Ku ingatkan kita takkan bersua lagi
Walau kita di bawah satu bumbung
Ku masih tidak mnegenalimu
Ku malu tapi ku mahu
Ku mahu tapi ku malu
Cintaku di dalam diam
Hanya gambaran potretmu di mindaku
Anganku bersamamu
Tidak di dunia, akhirat menanti
Menghias Firdausi
Cintaku dalam diam
Tidak ku tahu tentang dirimu
Masihkah lagi bersendiri
Aku takut akan realiti
Menghadapi kenyataan ini
Cintaku dalam diam
Walau kita bersua
Hanya sekadar teman biasa
Tetapi mesra
Ku rasakan kedamaian
Tika bersamamu
Kaulah penyejukku
Kaulah penyeri
Dengan impian melayar bahtera
Harapan untuk bahagia dunia dan akhirat
Bersama mengharung onak dan noda
Bersama berpimpin tangan
Menuju bahagia yang hakiki
Disana nanti
Kaulah cintaku dalam diam
p/s: trimas kepada Pena Arjuna yang sudi berkongsi nukilannya disini. kepada anda2 yang juga sudi berkongsi, boleh la hantar di alamat email elfhyunie@gmail.com dan akan disiarkan sama ada di blog ini atau di http://ilhammas.blogspot.com/ .