Friday, October 29, 2010

Kepada Dia..

kepada Dia
aku menyerahkan takdirku
apa yang dikatakan-Nya
akan aku turuti dengan sepenuhnya

kerana Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku
aku hanya mampu berusaha
redha dan tawakal kepada-Nya juga

hanya kerana Dia adanya aku di dunia
untuk membuat segala kebaikan
dan menentang segala kejahatan
untuk kebaikkan bersama

dan kepada Dia jua
aku meminta dan berdoa
agar apa yang direncana dapat dilaksana
baik di dunia dan di akhirat sana

-Pena Arjuna 29/10/2010

trimas Pena Arjuna. puisi ini juga ada di ilhammas.blogspot.

No comments: