Saturday, October 30, 2010

sebelum kisahku bermula..

Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Ada hikayat mencorak sejarah

Pernah hadir dalam hidupku

Kamu..


Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Ada kamu sebelum dia

Sebelum hatiku menoktahkannya

Pernah wujud dalam hatiku

Kamu..


Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Pernah matamu menjadi igauanku

Kuburu bayangmu setiap waktu

Pernah wujud dihatiku

Kamu..


Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Pernahku sapa lembut dirimu

Lupa sebentar jadi diriku

Tutur kasarku menjadi lembut lakuku

Berhadapan denganmu aku kaku

Kerana

Pernah wujud dihatiku

Kamu..


Kini

Sudah tersurat

Kisahku telah bermula

Kamu sudah dimiliki

Hatiku juga sudah terpaut padanya

Ku pendam kisah itu

Sebagai kisah

Sebelum kisahku bermula..


thea mawaddah

Friday, October 29, 2010

Kepada Dia..

kepada Dia
aku menyerahkan takdirku
apa yang dikatakan-Nya
akan aku turuti dengan sepenuhnya

kerana Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku
aku hanya mampu berusaha
redha dan tawakal kepada-Nya juga

hanya kerana Dia adanya aku di dunia
untuk membuat segala kebaikan
dan menentang segala kejahatan
untuk kebaikkan bersama

dan kepada Dia jua
aku meminta dan berdoa
agar apa yang direncana dapat dilaksana
baik di dunia dan di akhirat sana

-Pena Arjuna 29/10/2010

trimas Pena Arjuna. puisi ini juga ada di ilhammas.blogspot.

Monday, October 25, 2010

aku benci harini..:'(

aku tension sgt hari ni. skang aku sorg2 kat library. zue g klas. sumpah,rasa nak nangis. lau tulis kat FB ada je org tak puas hati ngan status aku. g ar salahkan FB yg dok tanya what's in ur mind kejadah pe tu.

siyes weii.. tadi ak ada test. paper ak ni xde esaimen,kena dtg test je. free2 30 markah lam tgn. tapi aku tak tau apa nak jadi ngan aku. pelupa menjadi2. ak lupa. aku tak dtg test. skang harapan aku cuma exam. mampu ke aku dapat 60 markah penuh utk lulus. aku nak nangis pikir ni. dahlah ari ni babah kirim duit suh bayar yuran. lagi la aku rasa bsalah ngan babah. sian babah aku. bpanas bhujan nak bagi kami sekeluarga ni hidup.makan.blajar. tapi aku mang tak sengaja.aku lupa. penyakit lupa aku makin teruk. ya Allah,aku ada alzheimer ke? nauzubillah..aku tak mintak.. tapi aku takut..

da tu td nak bayar bill celcom. pon duit babah. aku manada harta. even baju,henpon,laptop yang aku guna menaip ni pon harta babah aku. post office tanak terima bill tu. nak yg amount betul. celcom x bg aku latest bill. da la aku dah janji nak bayar arini ngan pegawai tu. aku benci keadaan mcm ni.

bila aku plan utk selesaikan sumthing, aku mesti selesaikan. skang pikiran aku dabel triple kusut. aku jadi nak marah. aku jadi nak menangis.aku jadi nak menjerit. kalaulah library ni dibenarkan menjerit.. iskk.. babah.im so sorry.. im not a good daughter..:(

Thursday, October 21, 2010

hakhakhak *gelak comel*




saja. nampak video ne kat FB td. comel giler,,hehehe.
lau ada rezeki,insyaAllah,ak pon nak kembar gak..hehehe :P
babah ak kembar. kiranya ak ne ada gen kembar la ye..haha
korang ada kembar x? lau ada meh la share gambar korang ngan kembar korang.
ak pon ada kembar gak..


Tadaaaaa~!!













pandai anak Pak Mad posing yer,,

p/s: agak2 babah ak gelak camni x masa kecik dulu? comelnyerrr,,hehehe <3 u babah!




Wednesday, October 20, 2010

Cintaku Dalam Diam..


Pertama kali ku melihat dirimu aku terpaut
Tika itu, masih lagi dalam suasana ta’ruf
Tapi tidak berkesempatan untuk bersua
Bertanyakan nama

Ku memandangmu dari jauh
Tingkahmu ku perhatikan
Senyummu, tawamu,
Mengubat hatiku ini yang duka
Terkenang ayah dan bonda tercinta

Ku ingatkan kita takkan bersua lagi
Walau kita di bawah satu bumbung
Ku masih tidak mnegenalimu
Ku malu tapi ku mahu
Ku mahu tapi ku malu

Cintaku di dalam diam
Hanya gambaran potretmu di mindaku
Anganku bersamamu
Tidak di dunia, akhirat menanti
Menghias Firdausi

Cintaku dalam diam
Tidak ku tahu tentang dirimu
Masihkah lagi bersendiri
Aku takut akan realiti
Menghadapi kenyataan ini

Cintaku dalam diam
Walau kita bersua
Hanya sekadar teman biasa
Tetapi mesra
Ku rasakan kedamaian
Tika bersamamu

Kaulah penyejukku
Kaulah penyeri
Dengan impian melayar bahtera
Harapan untuk bahagia dunia dan akhirat
Bersama mengharung onak dan noda
Bersama berpimpin tangan
Menuju bahagia yang hakiki
Disana nanti
Kaulah cintaku dalam diam

nukilan : Pena Arjuna


p/s: trimas kepada Pena Arjuna yang sudi berkongsi nukilannya disini. kepada anda2 yang juga sudi berkongsi, boleh la hantar di alamat email elfhyunie@gmail.com dan akan disiarkan sama ada di blog ini atau di http://ilhammas.blogspot.com/ .



Saturday, October 16, 2010

Alhamdulillah..

salam

alhamdulillah,syukur. pertandingan Pantun pertama yg ak sertai membuahkan hasil.
dan ak bersyukur walaupun kami cuma mampu mendapat tempat ketiga. berbaloi la dengan usaha kami yang baru nak prektis malam b4 bertanding. dan berbaloi gak la ak tdo sejam je hari ne.hehehe

siyes, pengalaman ne antara yang termahal utk ak. nasib baik gak kami bertemu pasukan IPGM yang ada ahlinya yang ku kenali semenjak Pesta Pantun Bestari dahulu.

ak harap next time lau ak bleh join g pertandingan macam ne,ak akan buat lebih baik. insyaAllah. sebab b4 bertanding ne ak da pasang niat bukan utk duit (malahan tak tau pun apa hadiah pertandingan ne dulu), but untuk buktikan pada semua orang yang ak boleh melakukan sesuatu. juga untuk seseorang yang istimewa bagiku. aku mahu dia sedar kewujudanku. apapun, ak bersyukur kepada Allah akan rezeki yang diberikan-NYA pada kami hari ini.

jutaan terima kasih pada Abg pian yang telah memberi kepercayaan utk ak join pertandingan ne, Hijas yang spoting abes layan pale otak ngeng ak ne, n Redzuan yang sedia membantu kami. x dlupakan penyokong2 UM yang sempoi. tnpa anda suma,mungkin kami berasa lemau dan masuk angin.hehehehe.. tq very much sebab bantu ak merasa kenangan manis ni. tq!

p/s: ak jg buktikan sesuatu hari ini, NEBES BOLEH DIKONTROL MELALUI SENYUMAN. senyum la..=)
btw..im still single. dialog td hnya rekaan memeriahkan pentas.. <-- sbb ada org nak tahu sapakah insan tersebut. hahahaha,berani gila gua, ayat jatuh market tu..(prasan) ngahahaha xD..

Friday, October 15, 2010

aseh..

Salam

ak masih berdebar ne. Sabtu ne bertanding pantun. x ready apa pon lagi. cara pihak HEP tu nak kami menang ja. baru plan nak maen2. da tu kali ne lawan kalah mati. aseh. mang kena buat sehabis daya baik la. doakan la kami ea.amin..=)


p/s:iskk.. aku masih belum mampu lupa dia. ak yakin ak boleh. tp bila nampak dia,ak jadi sebak sendiri. life must go on. i'll try my best.

Wednesday, October 13, 2010

perghhh~!! minggu yang padat..

salam..

wah,lama da ak tak menulis kat sini. maklumlah,bizi katenyeee..(uhuk2*batuk*)
sebenarnya mang banyak ak nak tulis. tapi tu la kan, benda kalau da simpan lama2,last sekali lupa terus.
kali ne pon ak sempat sebab ak memang tengah tension tahap dewana da ne. 2 minggu berturut ak present. kalau present sekali xpe gak, ini satu minggu sampai 2 - 3 presentation ak. mau tekejut urat otak ak. yelah kan,awal2 sem rilek je xde menda nak buat. tetiba hujung sem semua lecturer pakat nak suh ak present. selang 2-3 hari lak tu. hahaha, padan muka ak.

minggu ne lak, ak kne hantar esaimen. alhamdulillah,bahan da ada. nak menaip jadi esei tu yg sakit sikit. da tu hujung minggu ne nak berpantun pulak. yang ne ak agak kesal sikit. ne da kali kedua ak kena. dulu masa join Pantun Bestari pon sama gak. minggu ne nak bertanding baru klam kabut wat latihan. kali ne pon sama. tp ak tak salahkan Abg pian or pemantun2 lain sebab ak paham sekarang kan musim SUKMUM. ak tahu abg pian pon bz. tp Universiti yang anta peserta ne takkan takde inisiatif nak mempertemukan kami. latih kami dengan pakar ke hape ke..

tp xpe,ak cuba buat yg terbaek. tp ak tak tau g la ak pemantun utama ke atau simpanan sebab belum da perjumpaan g.

arghh,siyes babe,ak tension gak ne,sok ak present,tp ak bersuka suki lak depan laptop ne,,huuhhhhhhh..

p/s: sian kat twitter ak,da jadi tempat luahan prasaan ak lak skang. lau post kat FB t penuh lak home org..ahahah

btw,ak sdg cuba bina hidup baru. siapa yg perlu ak lupakan, benda apa yg harus ak tinggalkan dan tabiat yang perlu ak ubahkan..insyaAllah..=)

Tuesday, October 12, 2010

20 Cara Menjadikan Rumet Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.



*credit tuk yg wat ne.ak nampak ne kat FB.kawan share dr member yg lain. ahahaha,ne lau rumet ak wat kat ak mahu ak sepak dia sampai tasik Varsiti..hahahahahah xD*