Saturday, October 16, 2010

Alhamdulillah..

salam

alhamdulillah,syukur. pertandingan Pantun pertama yg ak sertai membuahkan hasil.
dan ak bersyukur walaupun kami cuma mampu mendapat tempat ketiga. berbaloi la dengan usaha kami yang baru nak prektis malam b4 bertanding. dan berbaloi gak la ak tdo sejam je hari ne.hehehe

siyes, pengalaman ne antara yang termahal utk ak. nasib baik gak kami bertemu pasukan IPGM yang ada ahlinya yang ku kenali semenjak Pesta Pantun Bestari dahulu.

ak harap next time lau ak bleh join g pertandingan macam ne,ak akan buat lebih baik. insyaAllah. sebab b4 bertanding ne ak da pasang niat bukan utk duit (malahan tak tau pun apa hadiah pertandingan ne dulu), but untuk buktikan pada semua orang yang ak boleh melakukan sesuatu. juga untuk seseorang yang istimewa bagiku. aku mahu dia sedar kewujudanku. apapun, ak bersyukur kepada Allah akan rezeki yang diberikan-NYA pada kami hari ini.

jutaan terima kasih pada Abg pian yang telah memberi kepercayaan utk ak join pertandingan ne, Hijas yang spoting abes layan pale otak ngeng ak ne, n Redzuan yang sedia membantu kami. x dlupakan penyokong2 UM yang sempoi. tnpa anda suma,mungkin kami berasa lemau dan masuk angin.hehehehe.. tq very much sebab bantu ak merasa kenangan manis ni. tq!

p/s: ak jg buktikan sesuatu hari ini, NEBES BOLEH DIKONTROL MELALUI SENYUMAN. senyum la..=)
btw..im still single. dialog td hnya rekaan memeriahkan pentas.. <-- sbb ada org nak tahu sapakah insan tersebut. hahahaha,berani gila gua, ayat jatuh market tu..(prasan) ngahahaha xD..

Friday, October 15, 2010

aseh..

Salam

ak masih berdebar ne. Sabtu ne bertanding pantun. x ready apa pon lagi. cara pihak HEP tu nak kami menang ja. baru plan nak maen2. da tu kali ne lawan kalah mati. aseh. mang kena buat sehabis daya baik la. doakan la kami ea.amin..=)


p/s:iskk.. aku masih belum mampu lupa dia. ak yakin ak boleh. tp bila nampak dia,ak jadi sebak sendiri. life must go on. i'll try my best.

Wednesday, October 13, 2010

perghhh~!! minggu yang padat..

salam..

wah,lama da ak tak menulis kat sini. maklumlah,bizi katenyeee..(uhuk2*batuk*)
sebenarnya mang banyak ak nak tulis. tapi tu la kan, benda kalau da simpan lama2,last sekali lupa terus.
kali ne pon ak sempat sebab ak memang tengah tension tahap dewana da ne. 2 minggu berturut ak present. kalau present sekali xpe gak, ini satu minggu sampai 2 - 3 presentation ak. mau tekejut urat otak ak. yelah kan,awal2 sem rilek je xde menda nak buat. tetiba hujung sem semua lecturer pakat nak suh ak present. selang 2-3 hari lak tu. hahaha, padan muka ak.

minggu ne lak, ak kne hantar esaimen. alhamdulillah,bahan da ada. nak menaip jadi esei tu yg sakit sikit. da tu hujung minggu ne nak berpantun pulak. yang ne ak agak kesal sikit. ne da kali kedua ak kena. dulu masa join Pantun Bestari pon sama gak. minggu ne nak bertanding baru klam kabut wat latihan. kali ne pon sama. tp ak tak salahkan Abg pian or pemantun2 lain sebab ak paham sekarang kan musim SUKMUM. ak tahu abg pian pon bz. tp Universiti yang anta peserta ne takkan takde inisiatif nak mempertemukan kami. latih kami dengan pakar ke hape ke..

tp xpe,ak cuba buat yg terbaek. tp ak tak tau g la ak pemantun utama ke atau simpanan sebab belum da perjumpaan g.

arghh,siyes babe,ak tension gak ne,sok ak present,tp ak bersuka suki lak depan laptop ne,,huuhhhhhhh..

p/s: sian kat twitter ak,da jadi tempat luahan prasaan ak lak skang. lau post kat FB t penuh lak home org..ahahah

btw,ak sdg cuba bina hidup baru. siapa yg perlu ak lupakan, benda apa yg harus ak tinggalkan dan tabiat yang perlu ak ubahkan..insyaAllah..=)

Tuesday, October 12, 2010

20 Cara Menjadikan Rumet Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.



*credit tuk yg wat ne.ak nampak ne kat FB.kawan share dr member yg lain. ahahaha,ne lau rumet ak wat kat ak mahu ak sepak dia sampai tasik Varsiti..hahahahahah xD*


Wednesday, August 4, 2010

hapdet..!!

salam..

1stly,aku malas nak cte sebab ape aku malas nak hapdet n ape yg da lama aku patut hapdet.. yg penting aku da hapdet.. banyak benda yang aku nak tulis, tp jemari aku malas dan kaku nak menaip.

apapun,alhamdulillah,aku da sampai di UM,selamat dah belajar (stakat ari ni) dan mengharungi sedikit demi sedikit dugaan yang hari2 ada je menyemak kat kepala otak aku ne.

bagi yang amik tau sal aku kat FB mesti prasan sumthing kan..?ahahah,aku asek post sal suju ngan korea2.. ne aku nak cte sket. apa yang aku lalui skang bolehla dikatakan macam tuan makan ayat n temakan ayat sendiri.. *apakah..?ahahah*

wat pengetahuan korang, dulu aku ne tak la minat sangat ngan Super Junior a.k.a SUJU ne. aku siap kutuk2 manje ag.. tp oleh sebab sem ne aku sebilik ngan Zue yang tak silap lagi penyokong kuat group ne asek la pasang + ulang siar lagu,variety show dan ntah pape jadah lagi 24/7 sal suju ne,last2 aku pon terjangkit TERminat kat depa2 ne.

but,seriously,aku mula minat sebab aku tgk personaliti mrk yang menarik,ikatan persahabatan dorg ne yang aku nmpak agak kuat dan CINTA dorg ne kat peminat2 (pemenat2) dorg. dorg x blakon dan x hipokrit dgn personaliti dorg sendiri. lau buruk prangai, time2 tu gak dorang tunjuk. x kaber macho ape pon. thats why aku suka kat dorg ne.

ok.. stop crita sal SUJU. aku nak cerita bnde lain lak. baru2 ne aku TERnampak satu profil FB. sekali tgk cam kenal je empunya gambar yang tak seberapa nak macho tu. rupa2nya,tu FB ex pakwe aku. aku ne pon sikit punya bangang g la stalk page dea tu. maklumlah, mamat tu bukan reti nak private2 page dea. aku pon suka suki jelah stalk mende2 yang dea buat kat page dea. last2,aku gak yang nyaris banjir air mata tgk "wall-to-wall"dea ngan pompuan mane2 tah..amboi2.. kata bukan main g takdak pengganti naa..cess.. tak memasal aku TERjeles.. xpa2.. banyak g kumbang2 kat dunia ne.. manalah tau kan,kot2 dak UM ka..dak 10th ka..mat korea ka..ngahaha..

dah. cukup mengarut. nyamuk pon dok ngeng3 tepi tlinga ne.. before tuh, aku nak share satu bende ngan korang. aku da buat satu lagi blog baru khas untuk karya2 kreatif mcm cerpen ka,puisi ka.. http://ilhammas.blogspot.com/ kalu korg rajin,maila singgah kat blog tu. dan kalu korang sudi,mai la antar karya2 korang share kat blog tu. insyaAllah aku akan siarkan ngan nama2 korg skali. aku teringin nak jadik penulis. so aku harap dengan blog ne,korang akan bagi pendapat dan idea untuk aku dan sesiapa yang berminat untuk memperbaiki lagi skill penulisan. menulis ne bukan senang ye.. kang SS susah gak..hehe..

P/S: baru terfikir nak sambung master kat korea or jepun.ok x..?


Sunday, July 25, 2010

Kwiz.Biz Kwiz!

Your life with one of Super Junior.
Full Name 
Age 
Your Partner Is: KyuHyun
Where Did You Meet: At a friends house
What made him fall in love with you: Your eyes
How did he announce that he had fallen for you: Saying "You're My Style!"
What kind of nickname he calls you: My Candy
How did he propose to you: Baked a cake at your birthday and wrote "Happy Birthday, Marry Me Please"
This fun quiz by *Rising_Sun* - Taken 1415 Times.
Take Surveys and Get Cash!

Tuesday, June 29, 2010

tarikh itu..=)

Salam

Alhamdulillah. Entry pertamaku sepanjang cuti sem ni. Ni pun sebab member baik aku,Chaong sudi meminjamkan berukbang beliau kat aku. Maklumlah, berukbang aku tenat. Masih dalam rawatan. Ahahah.

Alhamdulillah. Aku bersyukur. kelmarin adalah tarikh lahir ayahandaku yang teramat ku sayangi. 27 jun 1955,dan kini genap 55 tahun usia babah. Dan yang menambah manisnya,sudah setahun aku bergelar mahasiswi Universiti Malaya.

Aku masih ingat hari itu. Pendaftaran kemasukan Uni Malaya sesi 2009/2010 bermula pada 28 Jun 2009. tapi aku dan dua lagi sahabat sekolahku datang sehari lebih awal. Pagi tu, abah anta aku ke lapangan terbang. Masa tu aku sebak sangat. Maklumlah, 1st time nak g jauh dri family * jauh yang lama,dulu kursus pling lama pun sminggu*.

Masa tu aku dok senyap je. Mata jangan cakap,da bengkak dari semalam apatah agi aku just salam ngan adik lelaki aku kat umah je sebab dea kena g skolah pagi tu. Masa nak pegi balai berlepas tu,aku salam abah sambil nangis. Dan masa tu jugak 1st time aku ucap SELAMAT HARI JADI ABAH.. seumur hidup aku, itulah ucapan harijadi pertama aku untuk abah. Dan itupun masa aku nak g jauh.

Alhamdulillah, kelmarin walaupun aku tak wish kat abah,sekurang kurangnya aku ada dirumah dan dekat ngan abah. Kalini, aku ngan adik lelaki aku da plan nak buat surprise tuk abah. Kira sambut lambat sikit a bab aku pon lum gaji agi..ngahahaha.

Apapun,alhamdulillah. Aku bersyukur.

p/s: tak sabar nak balik UM,kalini aku semakin bersemangat sebab result aku da naik. Alhamdulillah. Tak sabar nak mulakan hidup baru sebagai student. Da tamau main2 agi..=)