Saturday, February 6, 2021

SAYA KEMBALI

 Hello 2021. Tiada angin tiada ribut tiba tiba Mastini muncul kembali. Dari umur 20an sudah menjejak 30an, beranak satu baru kembali kesini.

Kembali ke laman ini seperti kembali dari mesin masa. Seperti datang dari masa depan melawat masa lalu. Ada satu perasaan aneh lain machiam bak kata orang orang 2021 bila membaca semula tulisan dalam laman ini. Rindu, segan dan lucu bercampur baur.

Betapa muda dan polosnya Mastini dahulu. Belum kenal dunia sekenal kenalnya. Kini sudah belajar membayar makan sendiri, bil sendiri, menyara anak sendiri, baru tersedar realiti pahit dunia fatamorgana ini. Ecewah.

Sekali sekala menulis berbunga bunga almaklumlah sudah lama tak menulis blog. Zaman 2021 orang sudah tidak meluahkan perasaan dilaman blog. Semua mencurah dilaman Facebook, Instagram, twitter dan paling mudah, status whatsapp.

Cis. dah pelik bahasa Mastini. Dah lupa bahasa blog dulu dulu. 

Dah pukul 3.25 pagi. Anak tak tido lagi tau tau saja esok ibu cuti. Terpaksa buat buat tutup mata padahal tadi dah niat nak berjaga.

nantilah Mastini menulis lagi. Manalah tahu ada yang sudi membaca. Kalau tiada pun tak mengapa. Mungkin nanti boleh jadi kenangan bahan bacaan anakanda.

Aira Masarrah, nama puteri kesayanganku. 

Terima kasih teman lamaku, sudah lama aku menghilang, aku janji akan kembali lagi. 

p/s: 10 tahun bersama. Post pertama Februari 2010. :*

Thursday, September 18, 2014

Menghirup udara baru.

Sesak.
Dulu udaraku terlalu sarat
Selalu diisi fikiran jauh
Sia sia tiada penghujung
Nafasku sempit rasa tersekat.

Mungkin aku sudah berubah
Mungkin aku sudah jauh bertenang
Mungkin aku sudah lupa apa itu kegusaran.

Terima kasih. Ternyata putih itu menyenangkan.

Tuesday, November 12, 2013

Kisah Kasih

Salam

ha, berdasarkan tajuk bunyi cam keju keju je kan? hahaha.
takde aih. Ingat lagi tak novel tahun 90-an dulu? Kisah Kasih by Kreisya Reisya?
ak sangat suke novel tu. ak khatam lebih dari 30 kali rasenye. serius. sebab novel tu ak pinjam dr kawan ak. setaun lepas tu baru ak pulang sebab asal selang satu novel je ak bace balik cerita tu. ye.


ha ini dia punye cover buku lama. yg cover baru ak tak bekenan sangat sebab ak jatuh cinta ngan novel ni dgn cover ni. boleh tak?hahaha. buku ni ade sambungan. pun double triple manis. tajuknye Indahnya Kasih.



ni cerita after puteri ngan syah E tu dah kawen. Ak suke dua2 novel ni sebab cerita dia manis,dan lelaki impian ak ade dkt syah E tu. tapi cam biase la.nama pun impian.mane nak dapat kalau bukan dalam mimpi ye dak. 

kenape ye ak tetibe bukak cerita sal novel ni?

hm. dua tiga menjak ni ak termenung sorang2 (maklumla penganggur manade keje) ak terfikir sal jodoh,soulmate semua jadah jadah ni.baru ak perasan. selama ni ak melihat seorang lelaki (muzik melankolik dengan angin sepoi2 bahasa) sebagai seorang Syah E. aka Archer (untuk lebih jelas mohon get your ass up and pegi beli novel ni bace sampai muntah). 

siapa Archer?
dia tu Syah E lah.
Dalam novel pertama,dia ni digambarkan misteri. rambut panjang, serabai,suke amik gambar (photographer) suke berjalan (mengembara,travel and so on). Anak org kaya tapi sangat berdikari. Jenis tak hadap harta mak bapak. 

Archer ni luarannye tegas,berprinsip tapi dalam hati banyaaaakk manis. serius. manis yang pelik dan pelik yang manis. Jauh beza dengan Puteri yang sangat dependant, anak mak, suka berangan dan hidup dalam khayalan. bagi Puteri, hidupnya macam Disney's princesses. Bagi Puteri hidup ni spatutnya takde konflik. kene smooth (hmm, perangai buruk dia ni ade mengingatkan anda pada sape sape ke? hikss).

Dalam novel kedua,Archer ni wataknye nampak lebih jelas. Suami yang bertanggung jawab,kelakar,manis dan sangat menjaga Puteri. Walaupun Puteri ni sumpah tak reti ape. Masak nasik hangus, cuci toilet geli (Archer jugak kene buat semua),kemas rumah tak reti. Tapi dia sabar je. Dia ajar bini dia. Tak jalan jugak dia guna kepimpinan melalui teladan. Haa.. sampai segan sendiri la si Puteri ni. Paling kelakar ada bab si Archer ni ade kazen transgender yg jatuh cinta ngan dia siap jeles menangis2 si Puteri ni tak leh nak terima.

Semenjak ak membaca novel ni la ak secara tak sedar (baru je sedar) ak nak lelaki macam dia. Penyabar,Penyayang dan dia tak perlu cakap pun dia sayang ak hari2 selang sejam sampai ak muak. dia tunjuk je dengan cara dia layan ak. (ini berangan)

tapi itulah. nama pun novel. mane nak cari yg macam ni. ak pun da buat keputusan tamau da nak crush sane sini. ak tunggu org pulak crush kat ak (lagi berangan tampar diri sendiri guna kaki)

hai la Mr Archer ku,where are you baby boo? ak penat da tunggu you ni. hikss.

p/s: coretan takde motif.angin gatal datang tu yg tangan pun gatal nak taip kat sini. btw, tetibe terhidu bau kesukaan. rindu la kut. puih.


Monday, November 11, 2013

04.10.2013

Haih,punyelah lama tak menulis kaku pulak jari nak membebel kat sini. Kalau dulu pantang ade masa free ade je nak di mengarutkan kat sini. Al-maklumlah, semenjak dah berusia ni makin bizi pulak rasanya. Habis thesis dulu ade la mengarut buat ape tah ak pun tak ingat pastu terus masuk keje kat SERU. Pastu balik rumah seminggu beraya pastu keje lagi pastu seminggu cuti (taksampai seminggu pun) terus start balik keje kat Visa Unit,ISC. Ha,bizi tak? hahahaha.. (gelak hambar)

Tapi mase ak tengah taip entry ni,sekarang ni kirenye dah 2 minggu lebih ak menganggur. keje ak da dapat tapi belum dpt panggilan lapor diri lagi. haihhh.. keje mane nanti la ak cerita. da keje baru cerita.kang tak surprise la. (ecewah. bajet ade org bace.hahaha)

eh melalut jauh. tajuk tulis lain merapu bende lain. ha,ade ape dengan 4 haribulan sepuluh? ce teka? ce teka? jawapannye ialah hari tu hari ak konvo! hahahaha (gelak hambar lagi).

setahun lepas,tarikh tu ak menangis sungguh2 dan dengan besungguh ak nangis sebab kawan2 ak semua konvo skali. Tapi tahun ni,tarikh yang sama sesi yang sama, turn ak pulak dengan rakan2 yang tertinggal train untuk konvo. Alhamdulillah. Sebelum ni main concern ak,faculty nak buat tak konvo utk kitorg. Tapi last2 ade jugak. dan yang penting,takde la sikit pun yang konvonye. ade ramai jugak dr faculty ak yang baru nak naik pentas. dan Alhamdulillah, tercapai impian nak bawak abah dengan family masuk UM untuk konvo ak. Terkilan sebab arwah mama tak sempat nak tengok. Masuk Universiti ni impian arwah mama. tapi entahla. masa duduk tunggu turn nak naik tu, masa ak tengok abah ngan macik duduk ak rase arwah mama pun ade. Ak sedih tapi rasa yakin mama ak ade masa tu. pelik? ntahla. ak ni byk sgt tgk cerita melankolik agaknye.


ini je la gambar paling smart ak ade ngan family ak. ak tak amik pun gambar studio. satu sebab mahal, dua sebab kesian nak suruh depe beratur lelama, tiga sebab fatin ngan taenah pun takde. tak lengkap. so ini je la. yang buat spoil haritu kaki ak sakit melecet teruk. kalau tak nak aje ak ajak abah ak pusing UM. xpela.next time ak ade kereta ak sponsor dorg dtg sini ramai2 n ajak jalan.

p/s: malasnye nak menaip. tapi banyak gile ak nak cakap. hmm. #firstworldproblem. dah.nak g berak. perut sakit.

Putih putih melati

Putih.
silau mata memandang.
padam semua coretan lalu. 
benda dah lama usah dikenang.

Putih.
malas nak cari yang lebih berwarna warni.
dah cari tapi semua tak kena dengan jiwa.
usia dah tua agaknya.

Putih.
niat hendak mencoret kisah baru.
dari kosong.
macam lukisan.
lukis benda baru.
pengalaman baru,hidup baru.

Putih.
buang semua kenangan hitam.
aku sudah penat mengarang dan membaca semula kepahitan itu.
aku mahu memori baru.
aku mahu jiwa yang baru.

Putih.
Putih itu Putih.

p/s: Terimakasih.

Tuesday, July 23, 2013

It's sweet when someone remembers every little detail about you. not because you keep reminding them, but because they actually pay attention :')


Sunday, January 6, 2013

ya.

ya.aku sedih,kecewa dengan kau sekarang. YA. aku tak sangka instinct aku selama ni betul. YA. selama ni memang aku berharap aku yang salah. YA.aku silap.

ya.aku memang sayangkan kau. MASIH sayangkan kau.walaupun kau dah pilih jalan hidup kau macam tu, aku masih sayangkan kau. YA.aku bodoh.aku tahu.

ya.aku cuba lupakan kau.YA. aku tak mampu.YA.sebab kau.

kau,jaga diri.aku masih disini mendoakan kau.cahaya masih ada.dan kau belum terlambat.kau, aku sayang kau.walau siapa pun kau sekarang. aku masih marah, aku masih kecewa. mulut dan hati pernah menyeranah pilihan kau. tapi aku tetap sayangkan kau.doa dan airmata aku takpernah putus mengenang kau.dan aku harap kau juga kenang diri kau sendiri.lawan dirimu sendiri. jauh disudut hati,aku yakin kau mampu.

bismillahku untukmu,abang. 

Monday, October 29, 2012

selamat hari lahir, lagi! :)

alhamdulillah. menjelang maghrib 28 Oktober 2012 M bersamaan dengan 12 zulhijjah 1433 H tadi, genaplah  umur anak sulung En. Ahmad bin Mahmood ini 24 tahun (mengikut kalendar hijrah). seriusli tak teringat langsung dan kebetulan tengah cari nota pasal orang asli. nampak kat blog mana tah baru teringat. ya Allah. serius lupa tarikh dalam bulan Islam. padahal zaman sekolah dulu wajib untuk hafal semua ni. aishh. terasa tua.

semoga kematangan usia ini turut mempengaruhi kematangan minda. amin. InsyaAllah.. :')

Friday, October 19, 2012

ujian

semalam pelantikan JTK kk10. hamba hina ini dipilih menjadi ketua dalam organisasi tersebut. entahlah. bukan tahniah yang hamba ini harapkan. takziah mungkin. besar amanah tu. lebih besar dari tugas sebelum ini. semoga Allah permudahkan.

Thursday, October 4, 2012

Aku yang tabah

akhirnya. tergagah juga kaki ini melangkah ke DTC. berwarna warni DTC td dengan macam2 warna. tapi haruslah warna pink jugak yang terkesan dihati walaupun hakikatnya aku paling menyampah warna pink.

sempat ambik gambar dengan kawan2 sekuliah,sebekas kuliah,sekampung dan menjeling bekas2 crush yang pernah distalk suatu ketika dahulu.

terasa loser kejap sebab dari 1st year hanya mampu jeling sampai hari konvo hanya mampu senyum. nak tanya nama pun tak berani. tapi takpe. tu semua dah tak penting.

puas gagahkan hati supaya senyum dan tak menangis tadi. sebak. tapi seriusli. tiada penyesalan. aku gembira dengan keputusan aku 3 tahun yang lalu.

sekian.

4 Oktober 2012

hari ini sepatutnya hari dalam sejarahku. hari yang sepatutnya ak tunggu semenjak 3 tahun yang lalu. hari ini, sesi pagi sepatutnya aku akan turut bersama sahabat2 lain sama-sama meraikan hari tamatnya kami bergelar siswa dan siswi Universiti Malaya dan mula bergelar alumni UM yang terCINTA ini.

pertukaran jabatan major yang telah aku putuskan semenjak semester 2 pengajian ku telah menahan kakiku dari turut menjejak Dewan Tunku Canselor bersama mereka. ceh. ayat tak boleh blah. ok,siyes sedih tapi takpe. next year insyaAllah turn aku pulak kan.hehehe.

tadi sempat pegi DTC jap. pegi tengok adik bongsu "anak-beranak" yang konvo hari ni. comel adik aku tu pakai jubah. nampak tua.hahahah!

tahniah Dekda badak besi. Alhamdulillah kau dah setel. so kirenya skrang aku tengah tunggu sorang lagi setel (ex rumet saya yang comel itulah) pastu insyaAllah aku doa2 kan tak lama kemudiannya aku terima lah kad jemputan ke Kulai dan Pontian ye.hehe.amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnn~~~.
dekda n kakaknya yang kiut

pasni xde dah yang nak buli kitorang (beminggu lengan ak hijau sebab kene cubit ngan dia.memang kejam.). teringat zaman 1st year,zaman kitorang masih gonjeng dan KURUS sikit.sedih.




Thursday, May 31, 2012

mesin masa. time machine

mesin masa. kepunyaan sang doraemon sikucing biru yang genius.bukan genius.serbaguna.
kalau ditakdirkan ak ada mesin ni,ak tak rasa ak nak guna. pernah je berniat nak merentas masa. balik kezaman lampau. melihat AKU dimasa depan. tapi bila fikir2 balik, ak TAKNAK.

zaman lampau dah ak tinggalkan jauh2. zaman kebodohanku,zaman kesengsaraanku. susah nak cerita. tapi zaman lampauku bukanlah zaman yang boleh ak banggakan. bukan zaman yang ak teringin nak simpan untuk kenangan.BUKAN. kalau terdetik pun 5 saat untuk kembali, ak nak moment ak dipeluk arwah mama. itu je.

ntah,malam ni terasa sebak bila kenang balik masa2 dulu. kebodohan.zaman diperbodohkan.dipijak,dihina.diumpat. mengharapkan orang yang ak percaya, orang itulah yang memijak pijak kepercayaan. dipergunakan,ditertawakan.ak tahu ak bodoh. dan biar kebodohan tu tinggal dizaman lampau.

masa depan? pun ak TAKNAK tengok lagi. ak takut.nervous dengan apa yang bakal ak lihat. siapa ak masatu? kerja? keluarga? kehidupan? ak belum ada hati nak tengok lagi. cukuplah dengan masa sekarang. ikut je apa yang jadi. hidup di realiti sekarang.

mengubah masa depan dengan mengubah zaman lampau?

TAK. sekiranya tuhan bagi ak peluang untuk buat pun,ak memilih untuk tidak. takdir sekarang ak terima dengan redha. setakat jam 2.51 pagi ni,ak yakin dengan apa yang terjadi semua mendatangkan hikmah. setiap kali something jadi dengan ak,bila ak fikirkan semuanya bersebab. dan ak bersyukur dengan takdir hidup ak skrang.

ak bersyukur menjadi ak. disebalik cercaan negatif yang ak lemparkan untuk diri sendiri(yg selalu bermain dikepala ak) sigemuk,sibodoh,sihodoh,sikasar ini, ak masih mampu senyum untuk menyatakan,YA.itu ak. sepanjang 22 tahun 10 bulan lebih ak hidup ni,itu lah ak. 

tapi,bagi mereka2 yang pernah wujud dalam sejarah hitamku,ketahuilah, ak bukan seorang pendendam tapi bukan juga seorang yang mudah memaafkan. untuk berdiri seperti sekarang bukan mudah. dah puas ak jatuh,dipijak,dipandang remeh,ditertawakan. tanpa ada yang menghulurkan tangan membantu,ak cuba berdiri. jauh ak bawa diri. jauh dari Laut China Selatan.jauh. merangkak,memadam hampir semua memori pahit. cuba mencorak hidup baru.

ak masih macam dulu. xdenye nak berubah banyak. cuma mungkin lebih kuat sedikit. masih mudah mengalirkan air mata.tapi tidak semudah dulu. kalau dulu nak kemana mana mesti berteman,sekarang sudah mampu berseorangan.

kalau dulu hanya mampu senyum bila dijadikan bahan lawak,bahan kutukan lepastu menangis sorang2 sebab marah dengan diri sendiri yang tak mampu nak mempertahankan diri, kini mampu membalas balik dengan kata2 setara atau lebih tajam dari yang diterima. 

kenapa? sebab cukup. ak rasa dah terlalu cukup ak nak sakit hati,dengar kata2 yang boleh menjatuhkan semangat ak sendiri yang sudahnya buat ak rasa benci dengan diri sendiri. sekarang masa untuk ak menghargai diri ak dan insan2 yang sudi menghargai ak.

sampai sekarang ak tertanya2,kenapa tergamak buat ak jadi macam tu.macam dulu. mesin masa,maaf. ak mahu berjalan mengikut arus masa.seperti sekarang.

Sunday, May 13, 2012

selamat tinggal ilhamku.

lama meninggalkan coretan lama sepi tanpa coretan baru.
bukan sengaja menyepikan diri,tapi dek kerna kehilangan ilham.
sumber inspirasi untuk menulis bagai diragut pergi.
hilangnya belum berganti.

lama ku pendam sakitnya hati. belum berkesempatan meluahkannya disini. 
kasihan teman bicaraku. kasihan si teman bisuku.

saat ini jemari sedang menari, meluahkan semua isi hati yang lama tersimpan. 
ilhamku masih hilang. puas kupujuk hati sendiri.

ilhamku tersesat dijalan terang. semoga teringat jalan kembali.
terimakasih kerana menjadi ilhamku selama ini.
pergimu takkan kurayu untuk kembali.

aku tak pernah menyesal menyayangimu ilhamku. 
hanya kesal kau jadi seperti ini. 
dan kasihku tak pernah pudar untuk terus mendoakanmu untuk pulang ke jalan benar.

pergiku bukan membiarkanmu dijalan hitam
pergiku mengizinkan permata itu menjagamu
memegang erat jemarimu untuk pulang ke lurus yang satu.

pergiku untuk melihatmu dari kejauhan.
mengirim doa dari sudut kesepian.

Wednesday, December 14, 2011

Tora datang lagi~!!

Salam

perghhh.. lama gile tak update.bajet ada orang nak baca kan. haha!
rasanya berbulan bulan jugak ak tak bukak blog ni. Serius bizi tahaptahiktahik. jangankan nak update. jenguk pun jarang.

nak dijadikan cerita, sem 1 2011/2012 da nak hampir ke penghujung. Bila ak baca balik last khabar ak, tu baru nak start sem. before orientation week. hurm, elok sangat. kita entry ni cam kesimpulan/penutup semester ni la ea.

1- ak terlibat as PM INTAZ (international + Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi). jaga International Students and Exchange Students. Best! Ak bersyukur sangat sebab diberi pluang utk join menda alah ni. Ak dapat kawan international baru and sedikit sebanyak boleh la improve English ak yang just tahap ayam ni je. Sepanjang terlibat dengan dorang2 international ni, banyak la kepositifan yang dapat ak pelajari. Keyakinan diri, then kalau dulu nmpk foreigner cam takut2 tapi skang da rasa selesa jumpa dorang. then pengalaman urus diri, urus program. banyak aa.

2- ak terlibat ngan pantun. still cam hari tu team ak x lain abg Piyan and Jebat. ada ahli baru, Arnee. memula ingat pertandingan macam biasa. Last2 dalam dua tiga nak bertanding baru kitorang tahu benda ni melibatkan rakaman TV. Then, macam biasa, sebab kitorang masing masing bz, lagi 3-4 hari nak bertanding baru berlatih sama2. Memang tak target apa pun tapi alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki team kitorang menang pertandingan tu.

3- yang ni best! dalam seminggu dua yg lepas ak n geng2 jalan2 makan angin kat Port Dickson n Melaka (utk kali ke3). Konon2 nak buat Avanza Trip last2 jadik Nabira Trip. hehe. apapun ak enjoy gila trip tu. One of my Sweetest Memory yang insyaAllah akan ak ingat sampai ak tua nanti. macam la skang tak tua kan. hehe..

hurm, actually byk lagi bnda nak tulis ni tapi da lupa. lama sangat peram. so, buat masa ni,ni je la kot. ak nak upload gambar ni. yang mana ada la ea. next time,ada masa ak conteng2 blog ni lagi. papapapapai!!













p/s: sabtu ni bowling. minggu depan ko-k. assignment blambak lagi ni. cadangan?

Wednesday, September 21, 2011

shuuh shuuh habuk.

salam..

ha,amik hang! bkulat blog lama x hapdet. nampak sangat pmalasnya.hahaha
btw,my life quite busy nowadays. banyak benda nak kena perati nak kna jaga. ampa cuit 4 bulan,ak cuti sebulan jaaa (kat umah la) cukup sebulan balik KL kursus bagai. tp last2 suma kursus pon batal. hangin tak hangin. yg penting sampai gak Cameron Highland. satu2nya kursus yang mnjadi. Trimas ISC. trimas KK10 kerana menaja kursus aka percutian kami! hehee :)

pastu ak sambung cuti kat kolej je. duit takdak nak balik banyak kali. makan. tidur. makan. tidur. dan proses pengembangan dan pemeliharaan lemak sangatlah berjaya hokeh! ada gak terlibat bawak KOREA2 g campus tour, ronda KL (sampai gak eden ke Batu Cave),g Putrajaya, Melaka.. sekali lagi TQ ISC :) hehe.

seminggu before balik raya (tang ni wajib balik. jangan DURHAKA tanak balik kalau bulih balik..:p) ak kje jap kat ISC.4 hari je pon (ISC,saya nak DUIT raya saya).
pastu balik jap seminggu beraya then dtg balik KL utk Orientation Week (MHS) for international exchange and full time student.

siyes banyak halangan dan dugaan dan cabaran dan tekanan dan..dan..
tp xpe. yg penting pengalaman dan yang penting dapat kawan baru dan yang penting dak2 international ni sume hotak gile best dan yang penting i luv u guys~!! hehehe..:p

skang bukak2 sem da pening sal pantun lagi. esok nak btanding ni. dengar2 masuk tv (RTM je pooon..lol!) tgok2 la ye. kalau eded tgagap lam tibi tu lu orang buat tak prasan je la ea..hehe..

omaigod! nak ujan ke? xbestnye. nak kene g amik baju lak pasni. eden cau dlu la.

p/s:sedap krusi library ni. yuran ak=krusi baru..:))

Friday, April 29, 2011

deactivated my facebook for a while.. mencabar diri sendiri. mampu ke tideekkk...

Tuesday, April 12, 2011

berduka lara.. wahhhhhh..

still xde mood. nampak dari jauh ase nak lari. :'(

Monday, April 11, 2011

sakit. itu je yg mampu ak cakap. hati yg sakit ni tak sesakit kaki yang terkena bola masa main futsal td. dr siang sakit hati ni. tolonglah. ak dah tak mampu tahan. masuk 4 semester. 2 tahun ak pendam. dah tak mampu nak simpan lagi. cukupla. semakin dekat dengan dia semakin ak sakit. cukup. ak mengalah. untuk kesekian kalinya ak cuba mengalah tapi cukup. kali ni ak memang kena mengalah. biar apa yang ak rasa selama kita kenal ni ak simpan selamanya. biar masa yang tolong ak lupakan semuanya.

buat masa ni, ak takkan mampu jumpa kau. ak takkan mampu nak bercakap dengan kau.ak tak mampu nak tengok muka kau. ak takut nnt ak goyah sendiri. silap ak. ak yang tak sedar diri.tergamak simpan hati kat kau.

kalau suatu hari nanti, tergerak hati kau nak baca blog ak ni,tergerak dalam hati kau yang post ni utk kau, maafkan ak. bukan salah kau. salah ak. maafkan ak.

Saturday, April 9, 2011

I always wonder what crosses your mind when your eyes meet mine.
Technically, I'm single. But my heart is taken by someone I can't call as my own.