Wednesday, December 14, 2011

Tora datang lagi~!!

Salam

perghhh.. lama gile tak update.bajet ada orang nak baca kan. haha!
rasanya berbulan bulan jugak ak tak bukak blog ni. Serius bizi tahaptahiktahik. jangankan nak update. jenguk pun jarang.

nak dijadikan cerita, sem 1 2011/2012 da nak hampir ke penghujung. Bila ak baca balik last khabar ak, tu baru nak start sem. before orientation week. hurm, elok sangat. kita entry ni cam kesimpulan/penutup semester ni la ea.

1- ak terlibat as PM INTAZ (international + Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi). jaga International Students and Exchange Students. Best! Ak bersyukur sangat sebab diberi pluang utk join menda alah ni. Ak dapat kawan international baru and sedikit sebanyak boleh la improve English ak yang just tahap ayam ni je. Sepanjang terlibat dengan dorang2 international ni, banyak la kepositifan yang dapat ak pelajari. Keyakinan diri, then kalau dulu nmpk foreigner cam takut2 tapi skang da rasa selesa jumpa dorang. then pengalaman urus diri, urus program. banyak aa.

2- ak terlibat ngan pantun. still cam hari tu team ak x lain abg Piyan and Jebat. ada ahli baru, Arnee. memula ingat pertandingan macam biasa. Last2 dalam dua tiga nak bertanding baru kitorang tahu benda ni melibatkan rakaman TV. Then, macam biasa, sebab kitorang masing masing bz, lagi 3-4 hari nak bertanding baru berlatih sama2. Memang tak target apa pun tapi alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki team kitorang menang pertandingan tu.

3- yang ni best! dalam seminggu dua yg lepas ak n geng2 jalan2 makan angin kat Port Dickson n Melaka (utk kali ke3). Konon2 nak buat Avanza Trip last2 jadik Nabira Trip. hehe. apapun ak enjoy gila trip tu. One of my Sweetest Memory yang insyaAllah akan ak ingat sampai ak tua nanti. macam la skang tak tua kan. hehe..

hurm, actually byk lagi bnda nak tulis ni tapi da lupa. lama sangat peram. so, buat masa ni,ni je la kot. ak nak upload gambar ni. yang mana ada la ea. next time,ada masa ak conteng2 blog ni lagi. papapapapai!!













p/s: sabtu ni bowling. minggu depan ko-k. assignment blambak lagi ni. cadangan?

Wednesday, September 21, 2011

shuuh shuuh habuk.

salam..

ha,amik hang! bkulat blog lama x hapdet. nampak sangat pmalasnya.hahaha
btw,my life quite busy nowadays. banyak benda nak kena perati nak kna jaga. ampa cuit 4 bulan,ak cuti sebulan jaaa (kat umah la) cukup sebulan balik KL kursus bagai. tp last2 suma kursus pon batal. hangin tak hangin. yg penting sampai gak Cameron Highland. satu2nya kursus yang mnjadi. Trimas ISC. trimas KK10 kerana menaja kursus aka percutian kami! hehee :)

pastu ak sambung cuti kat kolej je. duit takdak nak balik banyak kali. makan. tidur. makan. tidur. dan proses pengembangan dan pemeliharaan lemak sangatlah berjaya hokeh! ada gak terlibat bawak KOREA2 g campus tour, ronda KL (sampai gak eden ke Batu Cave),g Putrajaya, Melaka.. sekali lagi TQ ISC :) hehe.

seminggu before balik raya (tang ni wajib balik. jangan DURHAKA tanak balik kalau bulih balik..:p) ak kje jap kat ISC.4 hari je pon (ISC,saya nak DUIT raya saya).
pastu balik jap seminggu beraya then dtg balik KL utk Orientation Week (MHS) for international exchange and full time student.

siyes banyak halangan dan dugaan dan cabaran dan tekanan dan..dan..
tp xpe. yg penting pengalaman dan yang penting dapat kawan baru dan yang penting dak2 international ni sume hotak gile best dan yang penting i luv u guys~!! hehehe..:p

skang bukak2 sem da pening sal pantun lagi. esok nak btanding ni. dengar2 masuk tv (RTM je pooon..lol!) tgok2 la ye. kalau eded tgagap lam tibi tu lu orang buat tak prasan je la ea..hehe..

omaigod! nak ujan ke? xbestnye. nak kene g amik baju lak pasni. eden cau dlu la.

p/s:sedap krusi library ni. yuran ak=krusi baru..:))

Friday, April 29, 2011

deactivated my facebook for a while.. mencabar diri sendiri. mampu ke tideekkk...

Tuesday, April 12, 2011

berduka lara.. wahhhhhh..

still xde mood. nampak dari jauh ase nak lari. :'(

Monday, April 11, 2011

sakit. itu je yg mampu ak cakap. hati yg sakit ni tak sesakit kaki yang terkena bola masa main futsal td. dr siang sakit hati ni. tolonglah. ak dah tak mampu tahan. masuk 4 semester. 2 tahun ak pendam. dah tak mampu nak simpan lagi. cukupla. semakin dekat dengan dia semakin ak sakit. cukup. ak mengalah. untuk kesekian kalinya ak cuba mengalah tapi cukup. kali ni ak memang kena mengalah. biar apa yang ak rasa selama kita kenal ni ak simpan selamanya. biar masa yang tolong ak lupakan semuanya.

buat masa ni, ak takkan mampu jumpa kau. ak takkan mampu nak bercakap dengan kau.ak tak mampu nak tengok muka kau. ak takut nnt ak goyah sendiri. silap ak. ak yang tak sedar diri.tergamak simpan hati kat kau.

kalau suatu hari nanti, tergerak hati kau nak baca blog ak ni,tergerak dalam hati kau yang post ni utk kau, maafkan ak. bukan salah kau. salah ak. maafkan ak.

Saturday, April 9, 2011

I always wonder what crosses your mind when your eyes meet mine.
Technically, I'm single. But my heart is taken by someone I can't call as my own.

Tuesday, April 5, 2011

datin tiney,,

salam..

lamanya x menulis.. kalini mang banyak benda nak diceritakan, tapi siyes xde mood. skang pon tga buat presentation ni. saje ngelat jap masuk lam blog ni..

erm, 25hb hari tu MGS da setel, alhamdulillah. semua berjalan lancar n syukur, ak tak sangka dapat anugerah malam tu. pandai ajk2 ak rahsiakan dr ak.. huhu. siyes terharu. pastu oleh sebab malam tu x makan sgt, master kolej blanje lak dinner kat MATB2 . kitorg 10 org je.. okeh. siyes malas nak letak gambar. nak tgk gmbar ak mgs leh tgk kat FB ak,tu pon gmbar ak culik dr album2 orang. n utk gmbar2 MATB, leh tgk kat FB alep. tu pon lau korg kenal la sape ak maksudkan ni.. haha.

setel tu, juin pantun APM lak. alhamdulillah, dapat tempat pertama. ada hikmah la ye kitorg juin PPB lepas, sebab dr pengalaman2 di sanalah yang kami guna utk pertandingan kali ni.

then jumaat ni nak g homestay lak.. penat Ooouhh.. esaimen belambak g tak siap.. bz mengalahkan datin..:p

p/s: lama x main golf ngan datin2 sume.kmarin lepas datin kiah kol ajak suping kat paris.nak beli tudung katanye.. ahahah ( prasan jap)

Friday, March 11, 2011

enjoy the show,,

salam
alhamdulillah..

keluarga puisi KKTAZ berjaya mendapat tempat ke-5 dari 12 pasukan bertanding.
tempat ke-5 je? haha, walaupun tempat ke-5, kami masih bersyukur dan terharu yang teramat sebab saingan terlalu kuat dan pasukan kami hanya menyediakan persembahan simple dan biasa. berbanding dengan pasukan lain yang hebat2 persembahannya.

sungguh, kemenangan bukan yang kami cari. kami cuma nak buat yang terbaik dan tak memalukan diri dihadapan sana. tapi, alhamdulillah, mungkin keikhlasan kami terpancar dan dapat dilihat juri malam tadi.. hehehe.. (bukankah ikhlas dalam melakukan sesuatu itu penting ya sahabat?)

apapun, tahniah utk ahli2 pasukan. terimakasih berbakul2 utk korang dan maafkan andai ada salah silapku pada anda semua. sesungguhnya, Mastini Ahmad hanya insan biasa.
dengan ini,trimalah Manifestasi Puisi KKTAZ 2011...



p/s: ngeri dengar jeritan sendiri.. no wonder tekak ak sakit.. :p

Thursday, March 10, 2011

exhausted.. :'(

salam

alhamdulillah, selesai sudah Pantun Bestari 2011. Pasukan UM kali ni dwakili oleh ak, Abg Pian, Amir Abdullah dan Nisa. walaupun kurang berjaya, tetapi banyak yang dapat dipelajari sepanjang Pertandingan ini. yang paling manTOP, ak jumpa kembar ak.. hahaha.. btw, tahniah 4th college atas kjayaan menganjurkan event besar spt ini.. mengumpulkan 16 pasukan dr IPT dan IPG seluruh Malaysia bukanlah kerja yang mudah tapi 4th college berjaya melakukannya.

selesai sahaja berpantun, aktiviti menyibukkan diri bermula lagi dengan latihan manifestasi puisi untuk FESENI UM 2011. sekali lagi bergandingan dengan Abg Pian. alhamdulillah, walaupun berbekalkan 4 hari latihan, "kimia" antara kami cepat terbentuk. sebab masing2 pun da kenal satu sama lain. paling manTOP, malam ni (khamis ,10 mac 2011) ialah hari kjadian a.k.a hari pertandingan.. mau tak ketaq lutut.. hoohooo..

apapun, doakan yang terbaik buat kami keluarga puisi kktaz 2011.. kemenangan bukan apa yang kami cari. yang penting, kami happy dan buat yang terbaik demi kolej dan kepuasan diri sendiri.
ganbate~!!!

p/s: ak memang ada masalah menghafal dari dulu lagi. harap2 ak boleh buat seperti sebelum2 ni malam ni.. tamau lupe3.. insyaAllah..:') (penat..mgs x setel lagi ni..)

Wednesday, March 2, 2011

selesai sudah 1 misi

salam

alhamdulillah, selesai sudah salah satu misi sem ni. misi apa? Kem Menjana Cita KKTAZ kali ke-2. Penat, tapi berbaloi baloi rasanya. Walaupun bermacam halangan yang kami tempuh untuk menjayakan kem ni, tapi alhamdulillah, syukur ianya tetap berjaya dijalankan.

Benar, apa yang pahit tu lah yang manis untuk dikenang. cabaran2 seperti sukar mendapat tajaan, program yang seakan2 dianak tirikan menjadi penguat semangat kami untuk membuktikan kami tetap mampu melakukannya. biarpun secara sederhana mengikut kemampuan kami, kami cukup berpuas hati dan enjoy bila adik2 gembira dan turut enjoy mengikuti program kami ini.

apapun, misi misi lain tetap mesti diteruskan. kejayaan misi KMC ini aku harap akan mencetuskan lagi semangatku untuk menjayakan lagi misi2 seterusnya. so, what's next? Pesta Pantun Bestari 2011, 3 mac hingga 6 mac. jum berpantun! :)

p/s: seronok jadi FESI.. walaupun ramai x gemar ngan unit disiplin.. hahaha.. garangkah aku?

Friday, February 25, 2011

kebizian

kepenatan,, kebizian..kefesian..

Wednesday, February 23, 2011

serabut

urgghhh.. serabutt,,serabutt..

minggu ni mang minggu serabut ak..
khamis ni je da 2 presentation berat. baru ready IR,, tapi tu pun tak ready sangatla.. :/
jumaat lak da start program Kem menjana Cita. malam sah tak tidur..
tempahan sulam nama n cenderamata adik2 baru siap separuh..
3 mac sampai 6 mac terus pantun bestari plak. ase pantun buat malam kem kot,, :/
pastu 10hb lak da bertanding puisi.

serabut tak?


p/s: kblakangan ni ak ada masalah gagap serius n sebutan berbelit mcm org baru blaja nak bcakap. demmm.. :/

Wednesday, February 16, 2011

pernah tak?

pernah tak
rasa apa yang kamu rasa dulu
kini bukan apa yang kamu rasakan kini..

pernah tak
rasa kemahuan kamu dulu
kini bukan lagi kemahuan kamu kini..

kekeliruan.
hati sendiri tidak lagi mengerti kehendaknya.
kekeliruan lagi.

Sunday, February 13, 2011

terima kasih :)

salam

alhamdulillah. akhirnya 13 Februari 2011 menjelma jua. hehehe. ada apa dengan 13 februari? besar sangatkah makna disebalik tarikh 13 februari ni?

setahun yang lalu, 13 februari 2010 yang lalu,terwujudlah entry pertamaku dalam blog ini yang membawa maksud pada tarikh yang sama tahun ini, maka genaplah sudah setahun blog kesayanganku ini.

walaupun bukan salu ak update n lau update pun bukan ade ape2 yang penting pun, tapi ak sayang blog ak ni. sebab ianya bukan sekadar sebuah blog, tetapi ruang yang sangat setia mendengar tiap bicaraku walaupun xde telinga dan melihat dunia dari sudut pandangan mataku walaupun xde mata. . :)

p/s: siapa tahu, blog ni nanti boleh jadi kenangan untuk masa depan nanti. :p

Thursday, February 3, 2011

walk walk eat air.. :)


ngeeee.. :)

sengih. tajuk pun dah gembira kan? kan? heheheh..
rasanya sem ni (walaupun baru awal sem) merupakan sem terbizi ak..
bz ngan kje yg blambak, esemen yg blambak,aktiviti yg blambak n jalan2 yg blambak. duit aje yg x blambak ni..

mula dengan cuti2 ke Sg.Petani, ak memanjangkan lagi langkahku ke Melaka. jalan2 sambil lepak2 dengan kawan2 sekolah dulu. siyes best sebab akhirnya dapat gak tengok dengan mata kepala sendiri bangunan2 bersejarah.. yelah kan, sebelum ni tengok dalam buku teks je. hehehe..

then, balik je dari Melaka, ak panjangkan lagi pengembaraan ke Genting Highland lak. ok. ni siyes besttahaptaiktaikpunyabest. even Ranau n Kundasang pun ak x penah pegi. best walaupun ak x main banyak game. maklumla. apa je la yang orang gayat cam aku boleh main. hehehehe..

so, cukup2 dulu cuti2 tu yer cik mas. fokus apa yg perlu fokus dulu.skang, meh tgk dulu gambar2 pengembaraan yg tak seberapa nak pengembaraan ni ea.. heheh..:p



with meera n cham. kwn dr form 1. dah tua da kita ni ging.. :p

kota A famosa.

sejukkkkk~


yeehaa~!!

okeh. cukup2. yg lain ada kat FB.. hehehe..

p/s: next plan, Johor kot.. jum kita jalan! hehehehe :p

Friday, January 28, 2011

Anak beranak: dalam kenangan

kenangan. indah.buruk.pahit.manis.kelat.masin.

kenangan. belum pun jauh masa meninggalkan kita, tapi kenangan itu
terlalu jauh untuk kita gapai.

kenangan itu masih indah untuk dikenang. terlalu indah tetapi terlalu fantasi untuk diteruskan.

sahabat2 ku. sesungguhnya kamu dalam kenanganku.

p/s: ingat lagi masa kita tgk wyg ramai2? lepak slowrock?bowling?nangis sama2?big apple?

Monday, January 24, 2011

berharap..

salam

hari ni ak jahat sikit. tak banyak. sikit je. skip klas. sebabnye biar la ak ngan Allah je yg tahu.
tp, dalam ke BAD an hari ni, ada sedikit sinar untuk ak.. sinar? hehehe..

kesahnye, dua sahabatku merangkap pasangan kekasih itu telah mengkhabarkan satu berita gembira untuk ak. cuma yang tak best sangat, benda tu tak sure lagi. depa kata nak surekan dulu. ak harap benda tu jadi la. ak teringin sangat. eksaited sampai siap kol babah ak adik lelaki ak. ak gto gak kat babah n poji pasal ketakpastian tu, tapi dengar sore babah cam merestui je.. poji pun cam gembira je.. hehe..

apapun, ak harap benda tu jadi. ak kena kawal sikit keeksaitedan aku ni. kang tak jadi patah hati ak.. doakan ak ea..? amin.. :)

p/s: tak ada benda yang mudah dalam hidup ni. even nak makan pun kene mengunyah dulu. kalau jadik, penat sikit la. tapi bagi aku, kalau ianya jadik, aku rela. :)
Ya Allah, kalau ianya rezekiku, permudahkanlah... :')

Sunday, January 23, 2011

style lerr abah!!

salam

hari ni,macam biasa, hujung minggu yang melepek. layan you tube, layan FB. ak tahu, xde life kan? hahaha, macam ni ler hidup orang bujang ye.. nak kuar, member xde. maklum la, bak kata pepatah, selagi PTPTN x masuk, selagi itulah kaki susah nak gerak..

oh, tamau cte sal ptptn. kali ni ak nak cte sal cuti CNY yang bakal tiba dalam masa tak sampai seminggu lagi ni. kali ni, ak da merancang nak pegi jalan jalan makan angin kat Melaka plak.
ni pun sebab kawan ak, Hisyam beriya iya ajak.. reunion kat Melaka katanya maklum la, sorang lagi kawan ak, Ameera pun blaja kat sana gak. ok la tu kan, ak pun tak penah pegi Melaka g. alang2 study jauh ni, pa salahnya jalan2 cari pengalaman kan. eheheh..

berdasarkan plan ni, ak pun mengekol la babah ak. 1 ( satu ) benda yg ak pasti tentang babah ak, 1st time kol, mesti dia akan 'hurm' kan aje. kunun2 ok la.. x kesah la apa pun yg ak tnya. dia cuma akan soal selidik ak semula bila dia yang kol ak balik.

style x? lau nak tau, dia 'hurm' tu sbnarnya sebab dia nak menganalisis kelojikan stp pertanyaan ak.. huhu.. cth:

ak kol babah ak hari Jumaat. gto sal nak g Melaka n cuti seminggu yg UM bg. dia dok "hurm" je. hari ni, bersamaan dengan Ahad, bertalu2 soalan dia bg kat ak. g dengan sape, boleh ke g sendiri, sape kawan tu, anak siapa,berapa hari nak g.. hehe..

risau gak babah ngan anak dara dia ni ea, hehehe.. insyaAllah babah, anakanda jaga diri baik2..

p/s: cara babah ak care sal anak anak dia lain sikit dari parents org lain, but babah ttp ada style.. hehe.. btw, as anak, tak perlu mak bapak ckp pun, pandai2 la jage diri ye. jangan buat benda bukan2. sama2 kita mengingatkan.. :)

Wednesday, January 19, 2011

66 days

i'll give u 66 days from now.. then, let the destiny decide..

keEmoan terlampau

ak taktau knapa ak nak emo sgt. taip kat keyboard ni pon mcm nak tcabut da huruf2 ni.
sakit hati. EMOSIONAL BERGANDA.

ak penat. ak tak cukup tdur. macam2 benda jadi hari semalam sebelum entry ni ak taip. ak rasa macam selasa yang panjang sangat.

perasaan ak bercampur baur. ak nak marah. ak nak menangis. ak tergelak2 macam tak ingat dunia. ak pelik. ak tau.

ak keliru. dua tiga menjak ni semakin keliru. jangan tanya kenapa. ak tak ada jawapan untuk soalan tu. ak cuma mampu kuatkan hati ak. merayu pada hati sendiri macam orang bodoh. tolong lah hati. tolong.

Thursday, January 13, 2011

aku sayang babah

cr: UNIC, lafaz yang tersimpan


aku bukan jenis orang yang suka suki nangis bila dengar lagu. tapi seriously, malam ni hati aku betul2 tersentuh bila dengar lagu ni. teringat kat Babah dan arwah mama. aku tak tahu kenapa aku rindu dengan dorang sangat2 malam ni.. aku dengar lagu ni sambil tengok gambar babah dan arwah mama, sebak sangat.

aku tak tahu pasal lagu ni. aku jumpa lagu ni masa stalk page FB adik lelaki aku. seriously bertambah sebak. aku terkenang zaman kanak kanak kami dulu. tinggal berdua saja. aku mungkin takpe, mama meninggal masa umur aku 11 tahun lebih, agak lama juga ak sempat merasa kasih sayang mama berbanding adik adik aku. Poji baru darjah 3 masa tu. Fatin plak baru 8 bulan lebih. bila kenang balik, aku rasa kesian sangat ngan adik2 aku.. tak puas lagi bermanja. tapi Allah lebih sayangkan mama.. kesian mama, selalu sakit2. mungkin Allah taknak mama sakit lagi.. semoga Allah tempatkan roh mama dalam golongan orang yang beriman.. :')

bila aku dengar lagu ni, aku terkenang diri aku sendiri, dan mungkin adik aku pun kenang benda yang sama. sepanjang hidup kami selepas arwah mama meninggal, hubungan kami ngan babah sedikit rengang. tak macam zaman kanak kanak dulu. aku tak tahu kenapa, mungkin juga sebab usia kami yang makin remaja atau sebab babah semakin sibuk selepas mama dah takde. ye lah, dulu tanggungjawab membesarkan kami mama yang pegang. lepas tu, babah plak yang kena jaga sorang. seingatku, aku tak pernah lagi ucapkan aku sayang babah, bermanja dengannya selepas mama dah takde, apatah lagi mendengar ucapan2 mcm tu dr babah aku. tapi aku tahu babah tahu aku sayang dia,dan aku tahu babah pun sayangkan aku. tapi, cukupkah kalau sayang tu tak terucap?

aku ingat lagi, pertama kali aku ucapkan selamat hari lahir kat babah. masa tu kat airport. hari jadi babah betul2 masa hari aku nak berangkat g KL, 1st sem dulu. itupun dah cukup buat aku menangis sakan. ucapan tu berat nak di ucap bgiku. janggal. tapi bila sekali ia trucap, trust me, ada satu perasaan yang bagi aku terlalu indah nak di taip dalam blog ni. mungkin ada yang rasa perkara ni simple. tapi bukan untuk aku. siapa yang kenal rapat dengan aku,pasti tahu. .

p/s: hargailah ibu dan ayah selagi mereka bernyawa. tanpa mereka, siapalah kita. babah, aku sayang babah. siyes, aku bangga jadi anak babah.

Wednesday, January 12, 2011

panggilan misteri

salam

fuh~!! hari ni hari sarat ak. penat tu penat gak la sebab ak tdo tak tdo semalam. siang malam terbalik. maklum ler, dah lama dok overseas katanyaaa.. hahaa :p

hari ni, sebalik baliknya ak dari kelas, ak dapat call dari incik babah. memula hp mati bab bateri kong. ak mang gabra a sebab babah ak ni jarang nak kol kalau xde hal penting. ak ngan babah ak pun bukan salu borak. tetibe bila ak kol beliau balik, babah aku just tanya " ko kat kelas ke?"..
misteri tak? bagi ak misteri gak la sebab babah ak tak penah tanya soalan macam ni. pertanyaan paling misteri dia yang aku pernah dengar ialah " ada duit lagi?" okeh, soalan tu sumpah ak suke..ngeeeeeeeee :D

hurm, apsal ea.. walaupun bertalu gak soalan ak tanya kat babah ak, kenapa? kenapa? dan kenapa? (babah ak jarang kol ak, so td ak konsider mesti ada hal penting) tapi babah ak bolayan je soalan ak tu. huh..???

agak2 babah rindu ak kot? ak kan anak dia.. heheheh :p

p/s: dalam tdo x tdo tu, sempat gak la ak mimpi dipatuk ular (buat kesekian kalinya). agak2 babah aku kol td ada kaitan ngan mimpi tu ke? hahahahah XD

Saturday, January 8, 2011

Maaf, hatiku beralih arah..

sejak 2-3 hari ni, hatiku rasa pelik. semacam aje. sehari tak nampak rase lain je.. hilang sesuatu..
baru ak sedar, ak rasa, hatiku telah terbuka untuk yang baru. sejak ak kenal yang baru ni, hari2 ku mula ceria. rasa bahagia.. :)

kadang2 ak tak sabar nak bukak FB sebab nak tgk yg baru ni.. tapi, ak rasa bersalah pada yang lama. makin terpinggir. ak bukan kejam, tapi ak terpaksa memilih. bukan mudah untuk menyenangkan keduanya sekali. salah satu mesti terbiar. kalau ada masa, baru lah ak sempat jenguk salah satu.








ksian hotelku, asyik tertangguh je shift dia.. sori, ak da jumpa game bru yg ak rsa lagi best. but, ak still syg hotel ak ni, penat gile ak build sampai jadik besar gini..cuma ak jrg lawat je la. just on shift n blah..



ni la game baru ak.. best dowh.. ase nak jadi penyiasat la plak main game ni walaupun hakikatnya ak geli darah.. apatah lagi nak siasat mayat kan.. eww,,, hahaha :P
berangan je la ak mampu. bak kata pepatah, main game je sudahh.. hahaha..

p/s: ak main game xpe. da masuk U. korg budak2 lagi, g blaja. boleh gitu? hahahah XD
oh, level ak agak memuaskan hati dalam game ni. i LIKE!

Thursday, January 6, 2011

tag lagi. okeh~!!

cam tajuk di atas, ak kena tag ag. So, ceq jawab ja la naa.. hehehe..

starting time: 6.46 pm
name: Mastini Ahmad
brother: 2 ( can i mention my sisters here? i also have 2 sisters..)
eye colour: dark brown.. maybe.. hahaha :P
shoe size: damn! i hate this question.. :/ hahahaha
hair: :)
piercing: yup..
what are u wearing: something that human can wear.. can? hahahah
where do you live now: KKTAZ, Uni. of Malaya, Kuala Lumpur.
fav num: 1,6,7
fav. drink: horlick babehhhh~!!! esp yg Cik Bedah buat.. miss u cik bedahh.. :)
fav. breakfast: i rarely take breakfast.. erm, a cup of coffee maybe..

HAVE YOU EVER

broken a bone: nup.. nauzubillah..
been in a police car: not yet.. ahahahah :P
fallen for a friend: quite often.. hahahah :P
fallen for a guy/girl in a short period of time: yup.
swam in the ocean: yup, while memukat with my babah.. hehehe (it's a long time ago)
fallen asleep at school: my hobby.. sampai skang pon buat,, :P
broken someone's heart: maybe.. sometimes, we have to.
cried when someone died: yup.
sat by the phone all night waiting for someone to call: nup. i hate waiting.
save e-mails: yup, yg mana penting.
been cheated on: yup.

WHAT

your room like: my room curtains are green, my bed sheets also green and i decorated the notice board beside my bed with green and purple color paper..ok la tu kan,tak la suram.. hehehe
what is right beside you: left-my bed. right-my books.
the last thing you ate: nothing. waiting for Jaja to bring me my char kuew tiau.. hehehe..

WHO

who did you last yell at: Jaja n Zue. da bminggu da. pekik sebab ngigau.. :p
who was the last person you dance with: Oguri Shun. dalam mimpi ak.
who last made you smile: Yankumi dalam cte Gokusen. ak x kua mana2 ari ni. x jumpe org pon.

FINAL QUESTION

what are you listening to right now: if we were a movie ( miley cyrus)
what did you do today: clean my room, watch my fav japanese drama, play my fav CSI game.(tmasuklah benda2 basic yg lain)
are you the oldest: among my siblings, yes.
indoors or outdoors: both. but more to indoors.

TODAY YOU DID

talk to someone u like: nup.
kiss anyone: my brothers n my sisters. mwaahhh~!! miss them so much.. :'(
sing: yup,hush2 by pussycat dolls..
talk to an ex: nup..
miss someone: there's no one except my family..
eat: not yet

LAST PERSON
you talk to on the phone: Alai Shamam..
made you cry: x nangis g ari ni.
you went to the mall with: Jaja n her family masa holiday ri tu..
who cheered you up: friends n my fav korean n japanese movies..

HAVE YOU

been to maxico: salu gak la dalam mimpi..
been to USA: pon salu gak dalam mimpi..

RANDOM
have a crush on someone: yup. a long time ago..skang STUDY!!!
what book are you reading right now: Emma by Jane Austen.
best feeling in the world: x penah ase g. sume sedang2 aje..
future kids name: yg boys mesti ada Amar/Amir. girls lak Amira..(berangan... hahaha)
do you sleep with a stuffed animal: jarang. but i always have my spongebob with me.
what under ur bed: my luggage.
fav sport: badminton.
fav place: pantai dan laut. tempat yg lampunya cantik.
who do you really hate: ade r..
do you have a job: pengabes duit babah ak yg berjaya.
what time is it now: 8.35 pm. ak borak ngan Paah sambil main game CSI sambil jwb soalan2 ni.

p/s: mata ak da semacam lama ngadap laptop + selang seli bukak page c MAWE ni nak tgk soalan selaku tukang tag. so, ase nak tag PAAH , CIBOBOB n JAJABON .. jawab jangan x jawab~!!!




Wednesday, January 5, 2011

lambat lagi..

salam..

wahh, hari ni hari 1st ak g kuliah untuk sem ni. actually isnin ngan selasa tu pon patutnya ada but isnin tu jam 11 pagi baru ak reg subjek n selasa plak ak ada urusan penting nak d selesaikan.

nak dijadikan cerita,semangat la ak nak g kuliah td, seperti yang di jangkakan, lecturer x masuk pun. maklumla, add n drop katanyaa.. so ak pon menguruskan la apa apa yang patut. amik slip exam, cari P.A ak, cari lecturer ak.. plan nak setelkan problem subjek ak kat Jabatan Antropologi tu, sebab subjek ak banyak yang syaratnya berkait. kene ambik subjek A dlu baru boleh ambik subjek B. kalau lompat ang naya.. even subjek pilihan pon. dah la subjek tu fav ak.. so, ak pon mengira la subjek subjek tersebut dan menyusunnya dalam jadual pengajian ak kat UM terCHENTA sangat ni.. (sentap..)

u know what? mak tpaksa extend uuu.. sebab kalau ikut subjek, sepatutnya ak da boleh grad after extend 1 sem memandangkan ak tukar course masa 1st year 2nd sem. tu yang kompom extend 1 sem tapi oleh sebab jabatan ni nak jugak ak ikut flow subjek2 tu, ak terpaksa extend satu sem lagi untuk 1, ak ulang SATU subjek sahaja.. agak menyusahkan kan?

sambung lagi, ak kol la bapak ak dengan suara terketar2 takut kena marah, bapak ak steady je cakap, "bah, bulih tu" atau melayu proper nya "ha'ah, boleh aje..".. boleh tu mang le boleh babahku sayang.. tapi lambat lerr anak dara babah ni nak abes.. ak da muak da blaja,, nak keje.. :/


so, sape2 yang kursus dia 4 tahun tu, jumpa kat DTC masa grad nanti k.. Adek2, jum juin ahkak pakai jubah naaa~..

p/s: ada yg kata bab extend ni sensitif, malu nak habaq kat orang. toksah malu. tak kaco duit depa pon.sok lusa kompom terserempak kat fak gak.. err, jum cari keje, wat bayar yuran extend... hahahahah :p