Friday, March 11, 2011

enjoy the show,,

salam
alhamdulillah..

keluarga puisi KKTAZ berjaya mendapat tempat ke-5 dari 12 pasukan bertanding.
tempat ke-5 je? haha, walaupun tempat ke-5, kami masih bersyukur dan terharu yang teramat sebab saingan terlalu kuat dan pasukan kami hanya menyediakan persembahan simple dan biasa. berbanding dengan pasukan lain yang hebat2 persembahannya.

sungguh, kemenangan bukan yang kami cari. kami cuma nak buat yang terbaik dan tak memalukan diri dihadapan sana. tapi, alhamdulillah, mungkin keikhlasan kami terpancar dan dapat dilihat juri malam tadi.. hehehe.. (bukankah ikhlas dalam melakukan sesuatu itu penting ya sahabat?)

apapun, tahniah utk ahli2 pasukan. terimakasih berbakul2 utk korang dan maafkan andai ada salah silapku pada anda semua. sesungguhnya, Mastini Ahmad hanya insan biasa.
dengan ini,trimalah Manifestasi Puisi KKTAZ 2011...



p/s: ngeri dengar jeritan sendiri.. no wonder tekak ak sakit.. :p

Thursday, March 10, 2011

exhausted.. :'(

salam

alhamdulillah, selesai sudah Pantun Bestari 2011. Pasukan UM kali ni dwakili oleh ak, Abg Pian, Amir Abdullah dan Nisa. walaupun kurang berjaya, tetapi banyak yang dapat dipelajari sepanjang Pertandingan ini. yang paling manTOP, ak jumpa kembar ak.. hahaha.. btw, tahniah 4th college atas kjayaan menganjurkan event besar spt ini.. mengumpulkan 16 pasukan dr IPT dan IPG seluruh Malaysia bukanlah kerja yang mudah tapi 4th college berjaya melakukannya.

selesai sahaja berpantun, aktiviti menyibukkan diri bermula lagi dengan latihan manifestasi puisi untuk FESENI UM 2011. sekali lagi bergandingan dengan Abg Pian. alhamdulillah, walaupun berbekalkan 4 hari latihan, "kimia" antara kami cepat terbentuk. sebab masing2 pun da kenal satu sama lain. paling manTOP, malam ni (khamis ,10 mac 2011) ialah hari kjadian a.k.a hari pertandingan.. mau tak ketaq lutut.. hoohooo..

apapun, doakan yang terbaik buat kami keluarga puisi kktaz 2011.. kemenangan bukan apa yang kami cari. yang penting, kami happy dan buat yang terbaik demi kolej dan kepuasan diri sendiri.
ganbate~!!!

p/s: ak memang ada masalah menghafal dari dulu lagi. harap2 ak boleh buat seperti sebelum2 ni malam ni.. tamau lupe3.. insyaAllah..:') (penat..mgs x setel lagi ni..)

Wednesday, March 2, 2011

selesai sudah 1 misi

salam

alhamdulillah, selesai sudah salah satu misi sem ni. misi apa? Kem Menjana Cita KKTAZ kali ke-2. Penat, tapi berbaloi baloi rasanya. Walaupun bermacam halangan yang kami tempuh untuk menjayakan kem ni, tapi alhamdulillah, syukur ianya tetap berjaya dijalankan.

Benar, apa yang pahit tu lah yang manis untuk dikenang. cabaran2 seperti sukar mendapat tajaan, program yang seakan2 dianak tirikan menjadi penguat semangat kami untuk membuktikan kami tetap mampu melakukannya. biarpun secara sederhana mengikut kemampuan kami, kami cukup berpuas hati dan enjoy bila adik2 gembira dan turut enjoy mengikuti program kami ini.

apapun, misi misi lain tetap mesti diteruskan. kejayaan misi KMC ini aku harap akan mencetuskan lagi semangatku untuk menjayakan lagi misi2 seterusnya. so, what's next? Pesta Pantun Bestari 2011, 3 mac hingga 6 mac. jum berpantun! :)

p/s: seronok jadi FESI.. walaupun ramai x gemar ngan unit disiplin.. hahaha.. garangkah aku?