Salam
Alhamdulillah. Entry pertamaku sepanjang cuti sem ni. Ni pun sebab member baik aku,Chaong sudi meminjamkan berukbang beliau kat aku. Maklumlah, berukbang aku tenat. Masih dalam rawatan. Ahahah.
Alhamdulillah. Aku bersyukur. kelmarin adalah tarikh lahir ayahandaku yang teramat ku sayangi. 27 jun 1955,dan kini genap 55 tahun usia babah. Dan yang menambah manisnya,sudah setahun aku bergelar mahasiswi Universiti Malaya.
Aku masih ingat hari itu. Pendaftaran kemasukan Uni Malaya sesi 2009/2010 bermula pada 28 Jun 2009. tapi aku dan dua lagi sahabat sekolahku datang sehari lebih awal. Pagi tu, abah anta aku ke lapangan terbang. Masa tu aku sebak sangat. Maklumlah, 1st time nak g jauh dri family * jauh yang lama,dulu kursus pling lama pun sminggu*.
Masa tu aku dok senyap je. Mata jangan cakap,da bengkak dari semalam apatah agi aku just salam ngan adik lelaki aku kat umah je sebab dea kena g skolah pagi tu. Masa nak pegi balai berlepas tu,aku salam abah sambil nangis. Dan masa tu jugak 1st time aku ucap SELAMAT HARI JADI ABAH.. seumur hidup aku, itulah ucapan harijadi pertama aku untuk abah. Dan itupun masa aku nak g jauh.
Alhamdulillah, kelmarin walaupun aku tak wish kat abah,sekurang kurangnya aku ada dirumah dan dekat ngan abah. Kalini, aku ngan adik lelaki aku da plan nak buat surprise tuk abah. Kira sambut lambat sikit a bab aku pon lum gaji agi..ngahahaha.
Apapun,alhamdulillah. Aku bersyukur.
p/s: tak sabar nak balik UM,kalini aku semakin bersemangat sebab result aku da naik. Alhamdulillah. Tak sabar nak mulakan hidup baru sebagai student. Da tamau main2 agi..=)