Thursday, January 13, 2011

aku sayang babah

cr: UNIC, lafaz yang tersimpan


aku bukan jenis orang yang suka suki nangis bila dengar lagu. tapi seriously, malam ni hati aku betul2 tersentuh bila dengar lagu ni. teringat kat Babah dan arwah mama. aku tak tahu kenapa aku rindu dengan dorang sangat2 malam ni.. aku dengar lagu ni sambil tengok gambar babah dan arwah mama, sebak sangat.

aku tak tahu pasal lagu ni. aku jumpa lagu ni masa stalk page FB adik lelaki aku. seriously bertambah sebak. aku terkenang zaman kanak kanak kami dulu. tinggal berdua saja. aku mungkin takpe, mama meninggal masa umur aku 11 tahun lebih, agak lama juga ak sempat merasa kasih sayang mama berbanding adik adik aku. Poji baru darjah 3 masa tu. Fatin plak baru 8 bulan lebih. bila kenang balik, aku rasa kesian sangat ngan adik2 aku.. tak puas lagi bermanja. tapi Allah lebih sayangkan mama.. kesian mama, selalu sakit2. mungkin Allah taknak mama sakit lagi.. semoga Allah tempatkan roh mama dalam golongan orang yang beriman.. :')

bila aku dengar lagu ni, aku terkenang diri aku sendiri, dan mungkin adik aku pun kenang benda yang sama. sepanjang hidup kami selepas arwah mama meninggal, hubungan kami ngan babah sedikit rengang. tak macam zaman kanak kanak dulu. aku tak tahu kenapa, mungkin juga sebab usia kami yang makin remaja atau sebab babah semakin sibuk selepas mama dah takde. ye lah, dulu tanggungjawab membesarkan kami mama yang pegang. lepas tu, babah plak yang kena jaga sorang. seingatku, aku tak pernah lagi ucapkan aku sayang babah, bermanja dengannya selepas mama dah takde, apatah lagi mendengar ucapan2 mcm tu dr babah aku. tapi aku tahu babah tahu aku sayang dia,dan aku tahu babah pun sayangkan aku. tapi, cukupkah kalau sayang tu tak terucap?

aku ingat lagi, pertama kali aku ucapkan selamat hari lahir kat babah. masa tu kat airport. hari jadi babah betul2 masa hari aku nak berangkat g KL, 1st sem dulu. itupun dah cukup buat aku menangis sakan. ucapan tu berat nak di ucap bgiku. janggal. tapi bila sekali ia trucap, trust me, ada satu perasaan yang bagi aku terlalu indah nak di taip dalam blog ni. mungkin ada yang rasa perkara ni simple. tapi bukan untuk aku. siapa yang kenal rapat dengan aku,pasti tahu. .

p/s: hargailah ibu dan ayah selagi mereka bernyawa. tanpa mereka, siapalah kita. babah, aku sayang babah. siyes, aku bangga jadi anak babah.

2 comments:

Ong said...

~Mass..sedihku bca pa yg ko tls ni..tesentuh sgt2..sabar ja mas..waaaaaaaaa..ko ni mas..bt aing mataku menitik..;)

Mastini Ahmad said...

sadih ong.. tkng ku kan arwah mamaku ni.. :'(