Monday, December 6, 2010

Seram doe.. siyes seram.. iskk

sesungguhnya cerita yang ingin kusampaikan ini sungguh dasat! serius. kalau anda PENAKUT, ada SAKIT JANTUNG, KENCING MANIS, MENGANDUNG atau tengah TAHAN berak, sila lupakan untuk membacanya.

arakian, ketika ak hendak bersiram pagi tadi, di air terjun aku terlihat seekor ikan paus sedang bermandi manda bersama seekor duyung ataupun dugong tidaklah dapat ak konpemkan. lalu ak pun terjun bersama bantal busuk kesayanganku JOJO dan bermandi mandian tanpa sedar ikan paus dan dugong atau duyung itu berlari mencicit ketermalu maluan. arghh! persetankan. ak cuma mahu mandi. ak ada exam le sengal!

lalu, setelah memakai sepersalinan pakaian sutera ajaib bingkisan hati Raja Dewana, ak pon bernyanyi nyanyi lagu Doraemon dan merangkak rangkak menunggu shuttle bus jalan satu yang lajunya mengalahkan kilat.

tanpa aku sedar, didalam bas tersebut wujud sebuah gua. GELAP! oh, ak terpanik.. sebab ak rabun ayam. kesian ayam itu dikatakan rabun. berbalik ke situasi tadi, ak terlihat seekor naga, silap. Hanya kepala naga, ak mintak beliau tiup sedikit api untuk ak pasang jamungku. rupanya2 gua itu black out. maka mengamuklah pakcik bas yang garang dan tidak berambut itu. lalu aku pun menari tarian xi shua shua agar pakcik itu terhibur lalu ak pun dihantar direct ke pintu dewan exam yang terletak di aras 2 itu.

semasuk masuknya ak ke dewan exam, suasana sungguh meriah. bunga api dimana mana. ak terpaku sehingga tiba2 ak di langgar oleh seeekor keldai. haram jaaaddd nye keldai. apsal ko langgar ak! ak ada exam le sengallll~!!! ak marah. ak geram sehingga keldai itu ku gigit. eh, knapa keldai ni rasa wafer chicken floss Daily Fresh? baru ak sedar, ak sudah abes exam. dan ak tga taip entry. bagaimana ak berada disini? lalu cermin ajaib yang selalu mengkritik wajah suci lagi kudusku memberitahuku bahawa ak telah mereng akibat tidak mampu menjawab soalan exam tadi. ak mereng? jadi siapa yang menaip entry ni?? siapa?? siapa??? seramm,, serius seram. tak terniatkah dihati kamu bahawa cerita ini seram.

dasat tak? ak da nebes menggeletar2 taip entry ni, sebab ak lapar. ces, lupa. ak baru je makan wafer perisa keldai. tiba2 kenyang.

p/s: jangan biarkan hidupmu diselubungi misteri.


4 comments:

Anonymous said...

hahahaha....ade2 je ko nih tp i like...LIKE byk2 :)

Mastini Ahmad said...

hahaha, ak merenggg.. :p

ZEN said...

adakah exam td begitu 'senang' ???

Mastini Ahmad said...

sumpah! xsenang langsung. ada potensi jumpe junior ag ni.. huhu :/